;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Feb-2009 09:33 Email | Share | | Bookmark
New Timberland Shoe - Titan 6" Pro Series

 
Anak kakliza ada kasut safety yg nak dijual..
so siapa-siapa yg berminat bolehlah mendapatkanya sebelum terlewat..








Price: RM 380 - New brand
- Size 8.5 UK
- Color : Brown
- Have a look it's properties at http://www.timberland.com/product/index.jsp?productId=2269763&clickid=body_rv_img

COD within Klang Valley area.Can sms/call if interested
Azlan: 016-2114940





Friday, 13-Feb-2009 16:30 Email | Share | | Bookmark
Pindah

salam buat adik2 sekelian...


nampaknya kakliza juga nak berpindah rumah..



kali ni ke rumah yg telah lama kakliza bina tapi hanya singgah sekali sekala..
so jika nak tenguk cerita dan resepi kakliza sudikanlah ke ...
Hanieliza's Cooking

le ni dalam proses pemindahan apa yg patut..
harap adik2 sekelian dapat melawat kakliza disana..


Friday, 6-Feb-2009 00:03 Email | Share | | Bookmark
Baking Class

salam buat adik-adik semua...

kakliza ingin menyampaikan permintaan sahabat baik kakliza yg ingin mengadakan kelas baking di KL..



untuk pengetahuan..
Pn Nonie berpengalaman lama dalam kelas baking sejak dari Kerteh sehingga pindah ke Kuala Lumpur..
sesiapa yg menghadiri workshop InsyaAllah akan diberikan sijil..


Tuesday, 6-Jan-2009 00:08 Email | Share | | Bookmark
Kisah Cuti - Tok Wan

dalam perjalanan
Lata Kinjang
di Tol
View all 15 photos...
Salam ...
kali ini kakliza ingin ceriterakan kisah kakliza balik berjumpa datuk kakliza [Hashim bin Anang] yg telah uzur ...

Tokwan kakliza


rumah Tokwan

Ayah kakliza [dah meninggal dunia tahun 1990] berasal dari Bagan Serai, Perak adalah anak ke 2 dari 9 adik beradik..
semasa cuti sekolah baru2 ni asben kakliza dikehendaki menghadiri Forum di Sg Petani selama 3 hari..
oleh kerana kakliza terpaksa menghadiri majlis konvo Azlan di Shah Alam ..so kami bercadang akan ke Sg Petani melalui Lebuhraya Utara Selatan..
kakliza bercadang ingin singgah dirumah datuk kakliza di Bagan Serai untuk melihat beliau memandangkan kami dah lama tak berjumpa..
kebetulan pulak ingin menziarah pusara nenek kakliza yg meninggal pada raya puasa baru2 lalu..

kami bertolak pagi Ahad 30.11.2008 dari umah adik perempuan asben kakliza di Pandan Indah menuju ke Bg. Serai..
perjalanan begitu selesa kerana kereta taklah banyak dijalanan..
cuaca pun cantik cuma sekali sekala hujan renyai saja..
dalam perjalanan kakliza terpegun melihat kecantikan air terjun Lata Kinjang yg kelihatan tersergam cantik dari lebuhraya...

sampai dirumah datuk kakliza yg kami mesra ngan Tokwan sekitar jam 2 ptg..
anak2 kakliza begitu seronok tenguk rumah kampung dan suasana sawah padi dan pokok buahan2..
Tokwan kakliza dah uzur berumur 90thn..ditemani oleh makngah dan paktam..
beliau tak begitu ingat pada kakliza..lama baru dia cam..
kakliza amat sedih melihat keuzuran beliau...
sebak rasanya...memang mengalir air mata kakliza..
sekali sekala beliau memanggil kakliza duduk berhampirannya dan bertanyakan tentang ayahda kakliza..
rasanya beliau dah lupa yg ayahda kakliza sudah meninggal dunia 18 thn lalu..
disana kakliza sempat menyuapkan beliau makan kueh lapis yg kakliza beli di Pandan Indah [KL] dan minum air kopi kegemaranya ..
kakliza terkenangkan waktu2 kakliza tinggal bersama Tokwan selama beberapa bulan semasa ayahda kakliza bertugas di Kucing pada tahun 1971...
betapa dia menyayangi kakliza adik beradik..sehinggakan pada awal kakliza berhijrah ke Terengganu, Tokwan sanggup ikut kakliza ke sini untuk beberapa minggu..
bila ditanyakan kenangan itu beliau kelihatan begitu payah untuk mengingati semuanya..
kakliza berdoa Tokwan kakliza dipanjangkan umur agar dapat lagi berjumpa dengannya jika berkesempatan dilain waktu...

kakliza sempat berbual dan makan kueh2 yg dibawa dan buah2 jambu dari pokok dirumah Tokwan dengan makngah dan paktam yg tinggal bersama Tokwan sejak nenek kakliza meninggal dunia raya baru ni..



sayang sekali kakliza tak dapat menghadiri semasa nenek kkliza meninggal dunia kerana kakliza baru 30 minit jer sampai rumah dari perjalanan Alor Setar -> KL -> Kerteh ...
kalau nak balik ke Bagan Serai memang tak berdaya rasanya....tambah pulak masa tu jam 11 malam...

sebelum berangkat meneruskan perjalanan ke Sg Petani kakliza sempat singgah dipusara aruah nenek kak liza di kawasan Masjis Matang Gerdu..
kakliza doakan agar roh nenek kakliza dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman...Amin....

selepas itu kakliza meneruskan perjalanan ke Sg. Petani..tapi dipertengahan jalan kakliza terserempak dengan kemalangan...
sempat jugalah kakliza shoot...

nantikan kisah gadering kakliza ngan mamazieza, Rinnchan, Ana cake-lover dan Maisya dan entry akan datang..
riuh rendah bilik penginapan kakliza kami buat..


Friday, 2-Jan-2009 08:53 Email | Share | | Bookmark
Kisah Cuti - Konvokesyen Mohd Azlan

graduan masuk ke dewan
beratur nak duduk
 
View all 8 photos...
dalam masa cuti sekolah baru2 lalu kakliza menghadiri majlis Konvokesyen anak sulong kakliza [Mohd. Azlan] di UiTM Shah Alam..

kami bertolak dari Kerteh pada awal pagi 28.11.08 [Jumaat] menuju ke Masjid Tanah untuk mengambil canopy yg ditempah oleh asben kaklliza..
canopy tu adalah untuk kegunaan dia semasa bermain kapal terbang kontrol dgn anak2 dan kengkawannya nanti..

kakliza sampai kedai tu jam 9.30 am dan setelah siap check dan packing canopy tu dlam van kami menuju ke PD untuk berjumpa ngna anak no. 3 [Mohd Azri] yg sedang berholiday ngan 14 geng MRSMAlor Gajah di situ...

setelah kakliza selesai menguruskan brunch [breakfast & lunch] untuk Azri dan rakan2nya, mereka check-out dari appartment holiday...
seterusnya mereka ke Seremban dengan menaiki bas dan ke KL menaiki komuter ..
sengaja kakliza let Azri join kawan2nya ke KL supaya dia dapat bergembira bersama2 memandangkan mereka telah penat memerah otak untuk SPM..
nanti kami akan berjumpa semula di Shah Alam..

kakliza pula menuju ke rumah adik kakliza [Che Bedah] yg berhampiran situ..
ini adalah kunjungan kakliza yg terakhir ke PD memandangkan adik kakliza akan pindah semula ke KL pada Ahad nanti..

umah adik kakliza

selepas siap makan malam kakliza bertolak ke Shah Alam untuk berjumpa Mohd Azlan dan menghadiri majlis konvokesyennya keesokkan harinya [sabtu]..
majlis bermula jam 8 pagi..kakliza beruntung kerana dapat masuk Dewan Sri Budiman dengan para graduan..


[gambar kurang cantik kerana kakliza snap dari screen besar..]

oleh kerana hanya ibubapa saja yg dapat masuk..so Azri bertugas menjaga adik2nya sementara menunggu anak dara kakliza [Nurul Azlina] datang join..
Azlina tidak bercuti pada semester break kali ini kerana dia menjadi sukarelawan Sukan Universiti Asean..

majlis konvo berakhir jam 12 tghari...
oleh kerana Azlan sibuk nak mengambil gambar kawan2nya yg konvo so kakliza taklah berposing sangat...




kakliza hanya bergambar hanya gunakan camera Azlan saja..
selesai posing sikit kami pun mencari makan tengahari memandangkan masing2 semuanya lapar..
akhirnya kami singgah makan KFC di bangunan PKNS Shah Alam..

nantikan kisah cuti yg masih banyak lagi kkliza akan ceritakan..
antaranya pertemuan kakliza ngan geng fotopages utara..



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net