;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Jan-2009 08:16 Email | Share | | Bookmark
Salam Ma'al Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009

 
Salam sayang buat adik2 siber sekelian...





kakliza mohon maaf sekiranya ada adik2 sekelian berkunjung kesini tapi tak der apa-apa berita atau cerita baru untuk dibaca..
masa cuti sekolah baru2 ni kkliza sungguh sibuk sehingga nak menulis entry untuk FP ni atau Blog pun tak sempat..
hanya masuk baca FP atau Blog adik2 jer...

apapun kakliza akan tuliskan sikit demi sikit sebagai cerita untuk kita kongsikan disini....

kakliza berharap ditahun yg akan datang ini kita semua akan mendapat lebih kebahagiaan, murah rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT...


Wednesday, 24-Dec-2008 10:32 Email | Share | | Bookmark
Takziah buat MamaFami

 
salam buat semua..

ingin kakliza sampaikan berita yg agak menyedihkan buat kita semua..
pagi ini kakliza menerima sms dari MamaFaMi
yang memberitahu bahawa ayahda kesayangannya telah kembali ke rahmatullah jam 9 pagi..
pada mulanya kakliza agak terkejut dan rasa macam tak percaya ..t
tapi setahu kakliza ini bukan perkara main2 so kakliza harus percaya sms yang dikirimkan..

disini kakliza ingin mengucapkan takziah pada MamaFaMi dan keluarga atas kehilangan ayahdanya ..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman...

juga kakliza berharap MamaFaMi tabah menghadapi ujian berat ini...
kakliza tahu beliau adalah seorang anak yg amat mengambil berat mengenai hal keluarganya...

akhirkata ...





Thursday, 18-Dec-2008 00:51 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti lagi



salam ceria dari kakliza...
kakliza mohon maaf kerana menyepi sekian lama..
aceli kakliza dah balik dari cuti yg lalu pada 13 Disember 2008 lalu tapi oleh sebab komputer kakliza mengalami masalah yg tak dapat diselesaikan oleh asben so kkliza terpaksa tunggu anak sulong [Mohd Azlan] balik umah pada 25 Disember ni untuk membaikinya...

sememangnya kkliza ada banyak gambar dan stori yg menarik nak dikongsikan sepanjang percutian kkliza lalu tapi terpaksa tunggu komputer kakliza dibaikpulih dulu..
kkliza tulis entry ni gunakan komputer lain [dalam umah juga] tapi oleh sbb banyak tugasan rumah yg perlu kkliza bereskan jadi masa untuk mengadap pc amat terhad...
dittambah pulak ngan giliran 3 anak2 yg mahu gunakan pc yg hanya 1 ni so mmg tak membolehkan kklza menulis panjang dn uploadkan gambar..



arini kakliza sekeluarga akan bercuti lagi tapi kali ni ikut asben bertugas di Kuantan selama 3 hari..
kkliza bercadang ingin berjumpa dgn beberapa orang yg biasa menjenguk fotopages kakliza..InsyaAllah..
saperti biasalah nama jer masuk hotel tapi kakliza tetap akan membawa pot letrik masak untk hidangan keluarga..

walaupun dengar macam penat tapi enjoyed every moment ketika memeasak dalam bilik..
bukan sahaja masak maggi atau rebus tolor..tapi macam2 boleh buat tau...
caya tak..siap boleh buat nasi lemak..bihun sup..steambot..salad sayur..bubur nasi..
nantikan ceritanya dalam episod akan datang...
sib baik dalam bilik tu [di Sg Petani Cinta Sayang] ada tulis 'NO COOKING ALLOWED' kalau tak sure kakliza masak nasi minyak atau nasi beriani ....

kakliza akan balik pada Sabtu malam tetapi hari-hari seterusnya asben kakliza bercuti [habiskan cuti tahunan] so sekali lagi kkliza akan stuck ngan kerja rumah..memasak dan macam2 tugasan lain..

pada 25 Disember ni anak sulong [Mohd Azlan] dan anak no2 [Nurul Azlina] akan balik dari Shah Alam untuk beberapa hari..
aceli Azlina dalam cuti semesta sbelum masuk semula pada 30 Disember ni tapi dia join sukarelawan untuk Asean University Games yg sedang berlansung di KL so dia hanya dapat balik seminggu sahaja kat umah kerama menjalani latihan di KL..

pada 28 Disember 2008 kkliza akan menghantar anak no3 [Mohd Azri] ke Dungun untuk bertolak ke Kem Latihan Khidmat Negara di Cheneh, Kemaman..
dia akan berada disana selama 3 bulan..
rasanya kami hanya bersama untuk beberapa hari sahaja...macam sekejap jer...



Thursday, 27-Nov-2008 08:02 Email | Share | | Bookmark
Cuti Lagi...


salam..
kakliza akan mulai bercuti ..



malam ni kakliza akan bertolak ke Masjid Tanah, Melaka untuk mengambil khemah yang ditempah untuk digunakan semasa bermain kapalterbang kontrol...
kemudian akan singgah PD untuk berjumpa bonda dan adik kakliza disitu..
nak berikan kiriman lemang femes dari Kijal/Tganu yg sedap tu dan kain batik yg dipesan oleh mereka..

dari situ kakliza akan bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri majlis Konvokesyen anak sulong kak liza [Mohd Azlan]
pada pagi Ahad kkliza akan bertolak ke Bagan Serai, Perak untuk berjumpa datuk kakliza..
nenek kakliza baru jer meninggal dunia pada raya puasa ke4 baru-baru ni..
kami singgah sekejap saja memandangkan kami akan ke Sg. Petani kerana husband kak liza terpaksa attend forum kerjanya selama 4 hari di Kelab Cinta Sayang Resort..

kakliza rasa ada beberapa orang geng tenet yg akan berjumpa kakliza semasa di Sg.Petani..
disini kkliza dah siapkan bahan2 masakan untuk kami sekeluarga memandangkan resort tu kena kuar cari kedai makan..
seronoknyaaaa kakliza....
tak sabar nak jumpa mereka semua yg sudi sangat nak beramas mesra ngan kakliza...
antara yg berjanji nak jumpa kakliza adalah Rinnchan, mamazieza, Ana cakelover, Maisya, Zai Kulim dan juga beberapa orang dari utara nun...
bior gamat gedering kami kat resort tu nanti...
[ada sesiapa nak join kerrr... ]

then pada Khamis kakliza akan balik ke Alor Setar umah mertua untuk berhari raya Haji disana..

pada 2 raya haji [Selasa] kakliza akan bertolak balik ke Shah Alam untuk menghantar anak dara di kolejnya ..
keesokannya [Rabu] kak liza akan balik ke Kerteh..

tapi pada 19 & 20 Disember 2008 kakliza sekali lagi akan outing ke Kuantan kerana husband kkliza akan kerja disana..
tapi biasalah kami anak beranak dikira dalam percutian...
kali ni kkliza bercadang nak jumpa Ummi homesweethome pulak...

so kiranya 2 minggu la kkliza x akan bertenet kerana kakliza x der kat umah.....
apapun kakliza harap adik2 lain SELAMAT BERCUTI.....


Wednesday, 26-Nov-2008 14:30 Email | Share | | Bookmark
Pasta Bakar

 
beberapa minggu lalu kakliza diminta oleh sesaorang [sorila kakliza dah lupa siapa gerangan] mengenai resepi Pasta Bakar yg telah diujimasak..
so kebetulan kakliza menghadiri majlis solat hajat dan bacaan yassin untuk anak2 yg amik SPM so kakliza sediakan pasta bakar...




PASTA BAKAR

Bahan Pasta

500 g pasta [makaroni/spiral/fennel]
2 s/b minyak

Bahan Inti
500 g daging cincang – boleh juga gunakan ayam fillet [potong kecil& nipis]
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cencawan butang [hiris nipis]
6 biji tomato [dadu kasar]
2 biji cili capsicum hijau
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering
3 s/b minyak
garam

Bahan Sos Putih
2 s/b butter
3 s/b tepung gandum
1 tin susu cair ]
1 tin air biasa ]
2 biji telur ] kacau rata
1 s/b lada sulah ]
125 g keju cheddar parut

Cara
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah, capsikum, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Masukkan cili capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
8. Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau dengan whisker.
9. Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.Tutup api.
10. Masukkan keju cheddar yg telah diparutkan. Kacau rata.
11. Sapukan minyak dalam pie plate atau caserolle tahan panas. Masukkan campuran pasta dan inti.
12. Tuangkan sos putih dan dan ratakan. Taburkan oregano kering.
13. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit.
14. Bila dah masak sejukkan sebentar.
15. Potong dan sedap hidangkan dengan cili sos.

Nota
boleh gantikan susu cair + air dgn susu segar




[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net