Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Jan-2009 08:53 Email | Share | | Bookmark
Kisah Cuti - Konvokesyen Mohd Azlan

graduan masuk ke dewan
beratur nak duduk
 
View all 8 photos...
dalam masa cuti sekolah baru2 lalu kakliza menghadiri majlis Konvokesyen anak sulong kakliza [Mohd. Azlan] di UiTM Shah Alam..

kami bertolak dari Kerteh pada awal pagi 28.11.08 [Jumaat] menuju ke Masjid Tanah untuk mengambil canopy yg ditempah oleh asben kaklliza..
canopy tu adalah untuk kegunaan dia semasa bermain kapal terbang kontrol dgn anak2 dan kengkawannya nanti..

kakliza sampai kedai tu jam 9.30 am dan setelah siap check dan packing canopy tu dlam van kami menuju ke PD untuk berjumpa ngna anak no. 3 [Mohd Azri] yg sedang berholiday ngan 14 geng MRSMAlor Gajah di situ...

setelah kakliza selesai menguruskan brunch [breakfast & lunch] untuk Azri dan rakan2nya, mereka check-out dari appartment holiday...
seterusnya mereka ke Seremban dengan menaiki bas dan ke KL menaiki komuter ..
sengaja kakliza let Azri join kawan2nya ke KL supaya dia dapat bergembira bersama2 memandangkan mereka telah penat memerah otak untuk SPM..
nanti kami akan berjumpa semula di Shah Alam..

kakliza pula menuju ke rumah adik kakliza [Che Bedah] yg berhampiran situ..
ini adalah kunjungan kakliza yg terakhir ke PD memandangkan adik kakliza akan pindah semula ke KL pada Ahad nanti..

umah adik kakliza

selepas siap makan malam kakliza bertolak ke Shah Alam untuk berjumpa Mohd Azlan dan menghadiri majlis konvokesyennya keesokkan harinya [sabtu]..
majlis bermula jam 8 pagi..kakliza beruntung kerana dapat masuk Dewan Sri Budiman dengan para graduan..


[gambar kurang cantik kerana kakliza snap dari screen besar..]

oleh kerana hanya ibubapa saja yg dapat masuk..so Azri bertugas menjaga adik2nya sementara menunggu anak dara kakliza [Nurul Azlina] datang join..
Azlina tidak bercuti pada semester break kali ini kerana dia menjadi sukarelawan Sukan Universiti Asean..

majlis konvo berakhir jam 12 tghari...
oleh kerana Azlan sibuk nak mengambil gambar kawan2nya yg konvo so kakliza taklah berposing sangat...




kakliza hanya bergambar hanya gunakan camera Azlan saja..
selesai posing sikit kami pun mencari makan tengahari memandangkan masing2 semuanya lapar..
akhirnya kami singgah makan KFC di bangunan PKNS Shah Alam..

nantikan kisah cuti yg masih banyak lagi kkliza akan ceritakan..
antaranya pertemuan kakliza ngan geng fotopages utara..


salam...selalu singgah je, tak penah komen...kali ni kena komen gaks...azlan anak akak, CS kan...hehehe.....anak murid saya tuh...kecilnya dunia.... Sat 14-Feb-2009 13:15
Posted by:zarina  - [Link]
Salam kak liza. Saya selalu singgah dan mencuba resepi2 kat sini. Mmg informatif dan daya jadikan panduan. Xyah susah2 nak google tmpt lain. Reference yg tepat, memandangkan bakal berkahwin xlama lg. Xsangka plak, kak liza ni mak coursemate saya, my junior. Saya satu batch awal dr dia. Anyway, thanks yer kak liza. Wed 18-Feb-2009 08:08
Posted by:rahibah rahibah@skali.biz
Salam Pn Liza.
Saya org baru sini. Tahniah diatas kejayaan anak Puan.
Tue 24-Feb-2009 08:37
Posted by:orangmelaka
View all 29 comments Add comment


Thursday, 1-Jan-2009 08:16 Email | Share | | Bookmark
Salam Ma'al Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009

 
Salam sayang buat adik2 siber sekelian...





kakliza mohon maaf sekiranya ada adik2 sekelian berkunjung kesini tapi tak der apa-apa berita atau cerita baru untuk dibaca..
masa cuti sekolah baru2 ni kkliza sungguh sibuk sehingga nak menulis entry untuk FP ni atau Blog pun tak sempat..
hanya masuk baca FP atau Blog adik2 jer...

apapun kakliza akan tuliskan sikit demi sikit sebagai cerita untuk kita kongsikan disini....

kakliza berharap ditahun yg akan datang ini kita semua akan mendapat lebih kebahagiaan, murah rezeki dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT...

salam buat k.liza, saya nak berterima kasih pada k.liza masa cuti krismas saya ada buat masakan dari resepi k.liza antaranya kek coklat kukus, kuih kacang hijau, apam mekar baru nak belajar2 masak sebab anak2 pun dah besar mulanya suami tak kasi sebab takut tak jadi...alhamdullillah jadik dan sedap suami pun puji jugaklah dah pandai masak tapi ikut resepi yg paling saya suka kuih kacang hijau tepungnya ranggup kebetulan ada pisang nangka saya goreng lah sedapp pastu cicah ngan sambal kicap tima kasih bebanyak k.liza nanti cuti raya cina saya cuba resepi yg lain pulak

Wed 7-Jan-2009 06:17
Posted by:aziah binti abu bakar aziah@faco.com.my
Sahabat, saya cadangkan tutup akaun fotopages kerana ia produk syarikat dari Israel secara langsung. Inilah masanya, mereka kejam di Gaza. Dengan trafik yang anda generate mereka memperolehi pendapatan dan anda membiayai kekejaman di Gaza.... harap difikirkan terima kasih. Wed 7-Jan-2009 16:46
Posted by:fotopages
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai
jangan Lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi sehingga 1 Jun 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Tue 12-May-2009 03:23
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 24-Dec-2008 10:32 Email | Share | | Bookmark
Takziah buat MamaFami

 
salam buat semua..

ingin kakliza sampaikan berita yg agak menyedihkan buat kita semua..
pagi ini kakliza menerima sms dari MamaFaMi
yang memberitahu bahawa ayahda kesayangannya telah kembali ke rahmatullah jam 9 pagi..
pada mulanya kakliza agak terkejut dan rasa macam tak percaya ..t
tapi setahu kakliza ini bukan perkara main2 so kakliza harus percaya sms yang dikirimkan..

disini kakliza ingin mengucapkan takziah pada MamaFaMi dan keluarga atas kehilangan ayahdanya ..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman...

juga kakliza berharap MamaFaMi tabah menghadapi ujian berat ini...
kakliza tahu beliau adalah seorang anak yg amat mengambil berat mengenai hal keluarganya...

akhirkata ...




Assalamualaikum kak Lza...maafla lama tak menjengok apatah lagi sms akak....rindu dah lama tak tengok fp akak...saya dah pindah ke kedah kak....ada idea tak kak kat alor star kat mana saya leh belajar buat cake ke, buat roti ke...boleh tak akak suggestkan....

Salam takziah buat mamafami....yang hidup pasti akan pergi satu hari nanti....
Thu 1-Jan-2009 22:03
Posted by:Shahrose76 shahrose76@yahoo.com  - [Link]
askum tuan rumah.....
nk tumpang iklan leh ker...

baju kanak and baby jenama harga murah jer... RM15 - RM 18 jer
jom layan..
http://aieyda.fotopages.com/?source=1482819
Sun 18-Jan-2009 08:13
Posted by:aida ummida79@gmail.com  - [Link]
salam kak liza......qasih nak tahu di area jb di manakah kedai yang paling mudah kta nak dapatkan bahan2 kuih.....qasih berminat...apa kata akak bukukan resepi akak...and jual...pasti dapat sambutan yang top Mon 30-Mar-2009 09:38
Posted by:qasih bonda_haziqah@hotmail.com
View all 30 comments Add comment


Thursday, 18-Dec-2008 00:51 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti lagi



salam ceria dari kakliza...
kakliza mohon maaf kerana menyepi sekian lama..
aceli kakliza dah balik dari cuti yg lalu pada 13 Disember 2008 lalu tapi oleh sebab komputer kakliza mengalami masalah yg tak dapat diselesaikan oleh asben so kkliza terpaksa tunggu anak sulong [Mohd Azlan] balik umah pada 25 Disember ni untuk membaikinya...

sememangnya kkliza ada banyak gambar dan stori yg menarik nak dikongsikan sepanjang percutian kkliza lalu tapi terpaksa tunggu komputer kakliza dibaikpulih dulu..
kkliza tulis entry ni gunakan komputer lain [dalam umah juga] tapi oleh sbb banyak tugasan rumah yg perlu kkliza bereskan jadi masa untuk mengadap pc amat terhad...
dittambah pulak ngan giliran 3 anak2 yg mahu gunakan pc yg hanya 1 ni so mmg tak membolehkan kklza menulis panjang dn uploadkan gambar..



arini kakliza sekeluarga akan bercuti lagi tapi kali ni ikut asben bertugas di Kuantan selama 3 hari..
kkliza bercadang ingin berjumpa dgn beberapa orang yg biasa menjenguk fotopages kakliza..InsyaAllah..
saperti biasalah nama jer masuk hotel tapi kakliza tetap akan membawa pot letrik masak untk hidangan keluarga..

walaupun dengar macam penat tapi enjoyed every moment ketika memeasak dalam bilik..
bukan sahaja masak maggi atau rebus tolor..tapi macam2 boleh buat tau...
caya tak..siap boleh buat nasi lemak..bihun sup..steambot..salad sayur..bubur nasi..
nantikan ceritanya dalam episod akan datang...
sib baik dalam bilik tu [di Sg Petani Cinta Sayang] ada tulis 'NO COOKING ALLOWED' kalau tak sure kakliza masak nasi minyak atau nasi beriani ....

kakliza akan balik pada Sabtu malam tetapi hari-hari seterusnya asben kakliza bercuti [habiskan cuti tahunan] so sekali lagi kkliza akan stuck ngan kerja rumah..memasak dan macam2 tugasan lain..

pada 25 Disember ni anak sulong [Mohd Azlan] dan anak no2 [Nurul Azlina] akan balik dari Shah Alam untuk beberapa hari..
aceli Azlina dalam cuti semesta sbelum masuk semula pada 30 Disember ni tapi dia join sukarelawan untuk Asean University Games yg sedang berlansung di KL so dia hanya dapat balik seminggu sahaja kat umah kerama menjalani latihan di KL..

pada 28 Disember 2008 kkliza akan menghantar anak no3 [Mohd Azri] ke Dungun untuk bertolak ke Kem Latihan Khidmat Negara di Cheneh, Kemaman..
dia akan berada disana selama 3 bulan..
rasanya kami hanya bersama untuk beberapa hari sahaja...macam sekejap jer...


Assalamuaaliakum...salam perkenalan..
ayu slalu jgk fp akak ni best la...best la akak p cuti2 yer..
slamat thn br 2009..
Wed 7-Jan-2009 07:54
Posted by:ayu-mama nur aiman,azzahra ayuyaya25@yahoo.com  - [Link]
Salam kenal kak Lieza
Selalu jenguk sini tapi baru kali ni terasa nak tinggalkan jejak.

Bebila kurasa teringin, mintak izin nak cuba resipi2 akak ni, boleh ke?
___________________________________________________________________________
LoVe BeAdS n SeQuiNs?
take a peep at http://beautynthebeads.fotopages.com
Sat 10-Jan-2009 01:37
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
hi k liza....kita suka betul nengok2 respi/masakan akak tp belum bkesempatan cuba coz sibuk ngan keje.hope one fine day boleh a try kan? Tue 20-Jan-2009 13:53
Posted by:mummy familypos@yahoo.com
View all 30 comments Add comment


Thursday, 27-Nov-2008 08:02 Email | Share | | Bookmark
Cuti Lagi...


salam..
kakliza akan mulai bercuti ..



malam ni kakliza akan bertolak ke Masjid Tanah, Melaka untuk mengambil khemah yang ditempah untuk digunakan semasa bermain kapalterbang kontrol...
kemudian akan singgah PD untuk berjumpa bonda dan adik kakliza disitu..
nak berikan kiriman lemang femes dari Kijal/Tganu yg sedap tu dan kain batik yg dipesan oleh mereka..

dari situ kakliza akan bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri majlis Konvokesyen anak sulong kak liza [Mohd Azlan]
pada pagi Ahad kkliza akan bertolak ke Bagan Serai, Perak untuk berjumpa datuk kakliza..
nenek kakliza baru jer meninggal dunia pada raya puasa ke4 baru-baru ni..
kami singgah sekejap saja memandangkan kami akan ke Sg. Petani kerana husband kak liza terpaksa attend forum kerjanya selama 4 hari di Kelab Cinta Sayang Resort..

kakliza rasa ada beberapa orang geng tenet yg akan berjumpa kakliza semasa di Sg.Petani..
disini kkliza dah siapkan bahan2 masakan untuk kami sekeluarga memandangkan resort tu kena kuar cari kedai makan..
seronoknyaaaa kakliza....
tak sabar nak jumpa mereka semua yg sudi sangat nak beramas mesra ngan kakliza...
antara yg berjanji nak jumpa kakliza adalah Rinnchan, mamazieza, Ana cakelover, Maisya, Zai Kulim dan juga beberapa orang dari utara nun...
bior gamat gedering kami kat resort tu nanti...
[ada sesiapa nak join kerrr... ]

then pada Khamis kakliza akan balik ke Alor Setar umah mertua untuk berhari raya Haji disana..

pada 2 raya haji [Selasa] kakliza akan bertolak balik ke Shah Alam untuk menghantar anak dara di kolejnya ..
keesokannya [Rabu] kak liza akan balik ke Kerteh..

tapi pada 19 & 20 Disember 2008 kakliza sekali lagi akan outing ke Kuantan kerana husband kkliza akan kerja disana..
tapi biasalah kami anak beranak dikira dalam percutian...
kali ni kkliza bercadang nak jumpa Ummi homesweethome pulak...

so kiranya 2 minggu la kkliza x akan bertenet kerana kakliza x der kat umah.....
apapun kakliza harap adik2 lain SELAMAT BERCUTI.....

lame tak menjenguk ke sini... bestnye ade gedering... mesti havoc kan...

kak liza, mintak izin tumpang iklan yer...
eryne ade jual pakaian kanak-kanak & brownies... sudi-sudila kiranye menjenguk ye... kalu berminat sms eryne je...

pakaian kanak-kanak http://eryne-eshoppe.blogspot.com
brownies - http://ejs-brownies.blogspot.com
Mon 15-Dec-2008 23:51
Posted by:Eryne Jasmine eryne1908@yahoo.com.my  - [Link]
wah sibuk sekali akitivit kak liza walaupun namanya cuti...

Wed 17-Dec-2008 08:39
Posted by:Phalinn  - [Link]
salam kak liza .. lama x singgah sini ... ermm kak liza mai kuantan .. tak jumpa ieda ker ... ieda dari kuantan jugak tau ... sama ngan zura .... Sun 21-Dec-2008 03:59
Posted by:ieda pahang ieder_immi@yahoo.com  - [Link]
View all 50 comments Add comment


Wednesday, 26-Nov-2008 14:30 Email | Share | | Bookmark
Pasta Bakar

 
beberapa minggu lalu kakliza diminta oleh sesaorang [sorila kakliza dah lupa siapa gerangan] mengenai resepi Pasta Bakar yg telah diujimasak..
so kebetulan kakliza menghadiri majlis solat hajat dan bacaan yassin untuk anak2 yg amik SPM so kakliza sediakan pasta bakar...




PASTA BAKAR

Bahan Pasta

500 g pasta [makaroni/spiral/fennel]
2 s/b minyak

Bahan Inti
500 g daging cincang – boleh juga gunakan ayam fillet [potong kecil& nipis]
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cencawan butang [hiris nipis]
6 biji tomato [dadu kasar]
2 biji cili capsicum hijau
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering
3 s/b minyak
garam

Bahan Sos Putih
2 s/b butter
3 s/b tepung gandum
1 tin susu cair ]
1 tin air biasa ]
2 biji telur ] kacau rata
1 s/b lada sulah ]
125 g keju cheddar parut

Cara
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah, capsikum, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Masukkan cili capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
8. Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau dengan whisker.
9. Masukkan campuran susu dan telur. Kacau supaya tidak berketul.Tutup api.
10. Masukkan keju cheddar yg telah diparutkan. Kacau rata.
11. Sapukan minyak dalam pie plate atau caserolle tahan panas. Masukkan campuran pasta dan inti.
12. Tuangkan sos putih dan dan ratakan. Taburkan oregano kering.
13. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit.
14. Bila dah masak sejukkan sebentar.
15. Potong dan sedap hidangkan dengan cili sos.

Nota
boleh gantikan susu cair + air dgn susu segar



salam..tumpang lalu tuan rumah..


pd kwn2 yg suke surf internet..
Drp xdpt ape2, baik buat duit scr online..duit dpt FREE..=)

mula2,masuk link ni...

http://www.surfjunky.com/?r=JUNSYED

KORANG cuma perlu:
1.Sign up (percuma)
2.Log in
3.Klik pada bahagian "EARN MONEY"
4.Click pada bahagian "Click Here To Start Surf Junky Browser"
5.Biarkan Program ini BUAT DUIT UNTUK KORANG.
6.Klik pada bahagian "STATISTIK" untuk mengetahui jumlah wang korang.

Senang aje..
tak perlu risau...tanpa risiko..
cuma kita aje lah yang perlu jujur
dalam mem'promote'kan website ni.
Kita dibayar sebab kita 'promote' orang lain surf web dia..
Itu aje.Jadi,apa salahnya kalau kita buat macamtu kan??

TAK SALAH KALAU MENCUBA...!!
TAK RUGI APA-APA...!!

kita dibayar USD$0.45 (RM1.63 - ikut currency sekarang bagi setiap jam
program ini berjalan).
Bermakna anda boleh dapat sehingga
RM41.04 sehari (RM1.63x24=RM39. 12). Ini bermakna sebulan kita boleh dapat sehingga
RM39.12x 30 = RM1173.60.
Boleh tahan gak kan..fikirlah.Duit FREE, ambik je laa...
Cek akan dihantar kepada nama dan alamatyang kita isikan sewaktu sign up.
Oleh itu sila tulis nama dan alamat korang dengan lengkap dan betul..
SELAMAT MENJANA WANG ANDA!!!
CUBA DAHULU....
TAK RUGI...
TAKDE KELUAR MODAL...
Ingat,sebelum dapat duit,
kita memang kena usaha dulu... dan
dalam bisnes yang ini,
kita perlu usaha untuk promotekan web yang kat atas tu aje
KALAU ANDA NK UBAH HIDUP ANDA!!!
KALAU NK JD MCM SAYA APELG TUNGGU..

** INGAT---anda perlu sign up dgn mnggunakan url http://www.surfjunky.com/?r=JUNSYED yang saya berikan

kerana semakin byk org yg anda send (url anda) semakin nilai wang anda akan naik.
Fri 30.Jan-2009
Posted by:Ju - dina_dirah@yahoo.com.
Fri 30-Jan-2009 03:39
Posted by:JU dina_dirah@yahoo.com.my
Sambal Belacan Khayra.
http://www.sambalkhayra.blogspot.com
Wed 10-Jun-2009 01:07
Posted by:sabri  - [Link]
asalamualaikum....sesiapa yang berminat saya menjual tudung siti khadijah....tengok2 la kelaman web saya.boleh tempah ikut citarasa sendiri...medium rm30.large rm45 n extra large rm55,harga pos lebih kurang rm6.berminat sms kat saya 0124494365. Sun 2-Aug-2009 17:56
Posted by:norliza norliza_ismail39@yahoo.com
View all 30 comments Add comment


Tuesday, 25-Nov-2008 12:12 Email | Share | | Bookmark
Paung Goreng

 
sesiapa yg tak pernah datang atau tinggal di Terengganu tentu akan janggal dengan kueh ini..
tapi yg peliknya anak-anak kakliza semuanya suka kueh ni..
kueh ni kena berhati2 semasa menggorengnya..
kena gunakan api yg paling perlahan kerana bimbang kueh akan meletup..macam bom pulak nanti...
kakliza mula belajar buat kueh ni semasa anak kakliza kecil2 lagi..
masa tu mana ada internet..
so asik buat eksperimen masak jer..
even kakliza buat keropok lekur sendiri..sampai berkilo-kilo pulak tu...
tapi le ni moood nak masak gitu agak kurang sikit la due to anak2 dah tak ramai kat umah..




PAUNG GORENG

Bahan

500 gm tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 s/k halba
1 s/k gula
garam secukupnya

Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.



HanieLiza, thanks for the recipe. My fav masa kat ITM dulu but baru yesterday found out the name fr my friend yg akt Tganu tu. I do have a couple of questions. Ikan selayang tu apa ye? Kena guna ikan tu aje ke? Sorry ye but Farina memang tak tau nama or rupa ikan. Lagi satu, kalau takde halba tu jadi jugak ke? Kat sini susah lah sikit nak mencari halba. Nak cari kat mana pun tak sure.

Kalau boleh, nak mintak HanieLiza either email or bagi jawapan kat my fotopages boleh ke?

Thank you!
Fri 30-Jan-2009 15:52
Posted by:Farina azni11@yahoo.co.uk  - [Link]
OMG! Makanan saya masa kecik kecik dulu kat Tgg Fri 13-Mar-2009 09:10
Posted by:Harris  - [Link]
hehe..ni lah paung goreng..sedap oo..tp kalau sakit tekak xleh makan sgt sb berminyak...
ni makanan tenganu..sy xleh byangkan org ckp rsenye pelik mse first mkn sbb sy org tenganu so dah bese kot...hehe
Thu 26-Nov-2009 16:08
Posted by:norlisa norlisa_90@yahoo.com
View all 31 comments Add comment


Saturday, 22-Nov-2008 04:58 Email | Share | | Bookmark
Singgang Daging

 
biasanya kalau ada daging sure akan masak gulai..rendang or masak kicap atau sup..
tapi bila kakliza tinggal di Terengganu ada yg syurkan masak singgang macam singgang ikan tu..
so kakliza pun cubalah..
kalau tak cuba mana tahu sedap or camner rasanya kannnn...
tapi memang sedap dan yg penting rasanya agak healthy sebb tiada masakan berminyak...
tapi sedap lagi kalau makan ngan nasi putih yang lembut, sambal belacan dan ulaman sayuran...

kebetulan tak lama lagi kita akan berhari raya qorban..
sure banyak daging so apa kata kita cuba masakan ini...
memang senang nak memasaknya...




SINGGANG DAGING

Bahan

500 gm daging [hiris nipis]
3 keping asam keping
3 ulas bawang putih ]
4 cm lengkuas ] hiris
3 cm kunyit hidup ]
1 s/b ketumbar ]
1 s/k jintan manis ] tumbuk kasar
Ciliapi
garam
Air secukupnya

Cara
1.Masakkan semua bahan kecuali ciliapi dalam periuk dan masakkan sehingga daging lembut.
2. Masukkan ciliapi dan rasakan garamnya.
3. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan

sedapnyaa.....pas raya nt leh try...heheheh Fri 5-Dec-2008 03:37
Posted by:mummy damia  - [Link]
lepas makan sajian kak liza, elok rasanya pekena pemanis mulut dari http://noorkitchen.fotopages.com Sat 6-Dec-2008 05:59
Posted by:unnamed noor_kitchen@yahoo.com
Trendy clothes and accessories at lowest price. Look good on a budget!
Tak perlu berbelanja besar untuk tampak cantik dan bergaya.
visit:
www.notoneoftheboys.blogspot.com
Tue 9-Dec-2008 11:35
Posted by:ATIQAH tiqasemail@yahoo.com  - [Link]
View all 28 comments Add comment


Friday, 21-Nov-2008 12:43 Email | Share | | Bookmark
Hard Working Food Blogger Award



kakliza berama amat gembira.seronok kerana Ma DiHa sudi memberikan kakliza award Hard Working Food Blogger..
tapi dalam hati tertanya...rajin ker kakliza ni....
hahhahahahha...just kidding....

sorilaaa.. kakliza lewat gantungkan disini kerana agak bizi sikit due to program akhir tahun dan cuti sekolah..
tapi kakliza ni mmg bizi sokmo..

so kakliza ucapkan berbanyak-banyakkkkkkkkkkkkk terimakasih daun keladi...
jika sudi lenkali kasilah lagi...




apapun untuk panjangkan kemeriahan ni kkliza ingin kongsikan juga bersama dengan
1. Rinnchan

2. mamazieza

3. Ida Isk

4. Lee Lin

5. Masriyah

6. Shima

7. Jie jie

semoga kita semua akan bertambah rajin masak.....

kak liza, saya rasa cara kak liza trademark gambar dlm fp akak tak berapa betul, tu pasal kena curi tu, saya sarankan akak pangkah je tengah-tengah gambar tu, so 'pencuri' tak lek nak gunakan untuk tujuan tertentu. Trademark yang da sekarang ni pencuri2 ni boleh crop, dan ubah mengikut gaya dan kehendak citarasa mereka. Tue 2-Dec-2008 06:57
Posted by:cherrydot tengkekkl@yahoo.com
salam kak liza...
ape kaba....
menarik nye tgk resepi2 kak liza ni..
dan ader setgh2 tu muna dah cuba wat.mmg mnjadi dan sedap...
mun ank ty kakliza la...
mcm mn cara dan bhn2 tuk wat kuah yong tau foo...
tringin sgt nk buat sndiri...
feberet tu kak...
Wed 10-Dec-2008 04:49
Posted by:muna nye_muna83@yahoo.com
salam kak liza..
saya ada terlihat gambar bunga telur (fazlin wedding), boleh saya tahu kat mana nak beli tempat nak gantung telur tu...
kaka liza ada supply ke.. kalau ada saya nak gak order.
tq.
Sat 13-Dec-2008 06:51
Posted by:Hairunisak Mohamed makmenty@time.net.my
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 11:03 Email | Share | | Bookmark
Selawat Tafrijiyah

 
Fadilat berselawat
1. Amalan yang paling utama.
2. Boleh mennghapuskan kesalahan dan dosa.
3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi S.A.W
4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5. Selamat dari huru hara Hari Akhirat.
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7. Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban yang rumit.
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9. Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak.
10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas dari segala yang mendukacitakan.


SELAWAT TAFRIJIAH atau SELAWAT KAMILAH





Quote:
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang 5 waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.


RALAT:
sekiranya adik2 ada print selawat tafrijiyah [border hijau] yg sebelum ni..minta printkan yg baru [border merah] kerana ada kesilapan di kalimah "kamilah"...
Harap maaf....terimakasih..

assalamualaikum,

memang semua selawat semua power2,apa tidaknya kita selawat kpda habibullah, nabi kita..kan?mm tpi nak betulkan sdikit kpda hamba Allah tu..bukannya surah tafrijjiyah tapinya selawat tafrijjiyah..

salam perkenalan.....
Thu 13-Aug-2009 01:16
Posted by:DEEN AL HAJ cupidwudy@hotmail.com
asm, got one more mistake lah, wasnul khawa ti huruf alif, ta,ya, mim, missing huruf 'ya' takdak titik ma Sun 6-Sep-2009 07:32
Posted by:fuziah fuziahfisal@yahoo.com
Assalamualaikum, minta kebenaran menerbitkan selawat ini di blog saya, untuk para pelajar saya yang nak SPM tahun ini. Terima kasih. Fri 6-Nov-2009 02:57
Posted by:Ayu
View all 22 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.