;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Nov-2009 14:22 Email | Share | | Bookmark
Hujan

 
Assalamualaikum..
saperti biasalah bila tiba bulan November setiap tahun maka kawasan Pantai Timur akan mengalami suasana monsun..musim tengkujuh..
hujan yang berterusan..
kekadang bila hujan berlarutan tanpa henti ..terjadilah banjir..

minggu ini dah 2..3 hari hujan..sekejap renyai ..sekejap lebat..
kain yang dibasuh pun tak kering..sejuk jer..
jika nak sedap sikit kakliza akan gosok supaya nampak ceria...
aktibiti pun kurang meriah...
cuma yang pasti aktibiti makan nampak lebih rancak...
antara menu Masakan Barat yang kakliza hidangkan untuk anak-anak ialah..



semoga hujan dan musim tengkujuh kali ini tidaklah menyebabkan banjir yang kronik dan boleh menyebabkan kemusnahan harta benda..atau kehilangan nyawa...



Thursday, 12-Nov-2009 00:31 Email | Share | | Bookmark
TOP 20 Buku Umum di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan Oktober 2009

Alhamdulillah..Syukur pada Allah SWT...

itulah kata-kata yang dapat kakliza ucapkan apabila membaca lapuran Puan Ainon Mohd

Quote:
1. Senangnya Memasak...Ikan

2. Senangnya Memasak...Daging

3. Senangnya Memasak...Mi, Mihun & Kuetiau

4. Senangnya Memasak...Kerabu & Salad


5. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - (edisi kulit lembut)

6. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung

7. Senangnya Memasak...Ayam

8. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain

9. Senangnya Memasak...Sambal & Sos

10. Senangnya Memasak...Sayur


11. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - (edisi jimat)

12. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem

13. Doa Insan Berkasih

14. Ajaibnya Sedekah

15. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok

16. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur

17. Quranic Law Of Attraction - Edisi Bahasa Melayu

18. Aisyah: Keanggunan Sejati - Soft Cover

19. Sultan Muhammad Al-Fateh

20. Ali Bin Abi Talib


terimakasih pada PTS.com.my atas kepercayaan pada kakliza untuk menuliskan buku resepi masakan yang memang menjadi idaman [impian] kakliza selama ini..



Thursday, 5-Nov-2009 23:34 Email | Share | | Bookmark
Shooting Majalah Saji

acar ikan
acar ikan masin
ayam panggang serai
View all 17 photos...
hujung minggu baru-baru ini kakliza ada tugasan memasak untuk shooting SAJI dan JELITA..
kakliza buat di Kuala Lumpur memandangkan kakliza ada tugasan lain disana..

so pagi Ahad lalu kakliza bersama kawan [Nonie dan Zai] memulakan gerakan memasak 15 jenis lauk-pauk....
dibantu juga oleh bakal menantu kakliza dan juga sepupu Nonie..
riuh rendah bunyi didapur..
ada yang bertanya..ada yang menggoreng ikan..memotong bahan..
kelihatan macam nak kenduri besar..memang hevoc..

jam 2.00 petang masing-masing kelaparan dan ingin menjamu selera tetapi kakliza tak lalu nak makan kerana bimbang tak sempat nak siapkan beberapa masakan lagi..

jam 3.00 petang jurugambar dan editor SAJI tiba dan memulakan kerja-kerja shooting..
akhirnya selesai mengambil gambar dan menemu-ramah kakliza, masing-masing menjamu selera dengan 17 jenis masakan lauk pauk dan 1 jenis nasi [nasi arab]..
semua yang hadir nampaknya berpuashati dengan hidangan yang ada..

jom kita tenguk apa yang kak liza masak untuk majalah SAJI..
kemungkinan akan keluar dalam bulan Januari 2010









Monday, 19-Oct-2009 23:56 Email | Share | | Bookmark
Top 10 Jualan Book Cake PTS

 
 
Alhamdulillah...
kakliza amat gembira bilamana dalam lapuran Puan Ainon Mohd [Pengerusi PTS] menuliskan...
semoga ianya berkekalan..InsyaAllah...

Top Ten dalam Senarai Jualan Book Cafe PTS

1. Terapi Ruqyah

2. Senangnya Memasak Mi


3. Senangnya Memasak Kerabu &Salad



4. Komik-M raya

5. Komik Kartini Kembali

6. Al-Ma'thurat

7. 31 Kisah: Ikan Nun

8. Soal Jawab Undang-undang Kontrak

9. Lasykar Pelangi

10. Maryamah Karpov


Sunday, 18-Oct-2009 01:52 Email | Share | | Bookmark
Betik

 
 
Betik ataupun nama saintiknya Carica Papaya L
sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang kayu yang lembut, tegak dan biasanya tidak mempunyai cabang.



Khasiat Betik

* Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
* Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
* Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
* Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
* Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A.
*Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan
*Betik dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
*Betik dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti menyembuhkan luka, menghilangkan enfeksi dan juga menghilangkan alergik.

~ Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut.
~ Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
~ Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
~ Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.
~ Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.



Quote:
Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk diambil setiap hari. Dibandingkan dengan suplemen ubat-ubatan kimia yang dijual dikedai-kedai, buah jauh lebih baik tanpa effek samping yang berbahaya serta dari segi harga umumnya jauh lebih murah dibanding suplemen yang memiliki fungsi yang sama.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net