;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 7-Sep-2009 04:03 Email | Share | | Bookmark
Kuah Kacang

 
 


KUAH KACANG

Bahan:

1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.


Thursday, 3-Sep-2009 02:01 Email | Share | | Bookmark
Utusan Malaysia

 
Dapatkan suratkhabar Utusan Malaysia hari ini..
ada artikel mengenai kakliza dan buku masakan dalam ruangan MEGA..
kakliza copy n paste dar Utusan Online...


Quote:
Kini, tiada lagi alasan untuk tidak memasak
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI



Chef Hanieliza mahu koleksi bukunya menjadi rujukan kepada semua golongan masyarakat.

MEMASAK pada sesetengah orang sungguh menyusahkan. Mereka tidak suka terperuk lama di dapur dalam keadaan yang panas dan berasap. Ada juga yang merasakan untuk memasak satu-satu masakan itu, memerlukan bahan-bahan yang banyak dan sukar dicari.

Ada juga menyatakan tidak ada masa untuk memasak kerana bekerja. Inilah yang menyebabkan ada antaranya yang lebih suka makan di luar atau membeli sahaja.

Namun dalam keadaan ekonomi yang gawat serta harga makanan yang melambung naik, maka adalah lebih baik untuk mengamalkan jimat cermat iaitu memasak sendiri daripada membelinya.

Bagaimanapun memasak ini sebenarnya tidak ada paksaan kerana tepuk dada tanya selera. Sekiranya seseorang itu benar-benar ingin berjimat dan memberi peluang kepada anak-anak dan suami merasa air tangan sendiri, maka ia harus dimulakan dengan memasak kerana banyak dihabiskan untuk membeli masakan.

Memang tidak dinafikan sempena bulan puasa ini, tarikan bazar-bazar Ramadan begitu menggamit-gamit kedatangan pengunjung dengan pelbagai juadah, namun apa kata pada tahun ini, kita memasak sendiri.

Jika kena dengan caranya, ia cukup mudah malah bahan-bahannya tidak banyak dan senang dicari, yang pasti boleh memberi satu kejutan kepada orang tersayang.

Buku masakan nukilan chef, penulis buku masakan dan penulis tamu, Noorliza Kamarudin, 51, Senangnya Memasak boleh membantu golongan yang baru belajar memasak atau yang ingin mempelbagaikan juadah untuk keluarga.

Selain resipi, dimuatkan juga gambar langkah demi langkah memasak. Lagi istimewa turut disertakan tip, khasiat dan petua setiap masakan yang dimasak.

Ini pasti membuat aktiviti memasak menjadi lebih mudah dan santai serta tidak ada alasan lagi bagi mengelak daripada berada di dapur. Bahkan, mereka yang pertama kali memasak pun boleh menghidangkan masakan yang lazat.

Menurut Noorliza yang mahu dikenali sebagai Chef Hanieliza, koleksi buku Senangnya Memasak ini mengandungi 15 tajuk iaitu ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan Barat, makanan laut, bihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan pencuci mulut, ikan, kuih kukus dan kuih muih minum petang.

23 resipi pilihan

‘‘Tetapi buat masa ini hanya sembilan buah buku berada di pasaran, manakala enam lagi akan menyusul kemudian. Dijangka selebihnya akan diterbitkan sebelum hari raya. Setiap set buku resipi Senangnya Memasak ini mengandungi 23 resipi pilihan seisi keluarga dengan harga RM5.50 setiap naskhah,’’ katanya.

Menurut Hanieliza yang banyak menghabiskan waktu remajanya di dapur bagi membantu neneknya yang membuat bisnes katering, cabaran untuk menyiapkan buku ini memang banyak.

‘‘Ini kerana ia dilakukan oleh saya seorang. Dari mula membeli barang di pasar, memasak hinggalah mengambil gambar, semua dilakukan sendiri.

‘‘Kadangkala itu ada bahan yang terlupa nak beli, kena pergi ke pasar semula, sayur dah layu dan macam-macam lagi,’’ ceritanya yang berasal dari Kampung Nakhoda, Batu Caves tetapi telah menetap di Terengganu hampir 27 tahun kerana mengikut suami bertugas di sana.

Katanya, satu buku boleh disiapkan empat hingga lima hari dan yang paling lama disiapkan ialah dua minggu. Dalam menyiapkan buku ini, saya selalu sasarkan satu hari, enam masakan dimasak. Sebab itulah sembilan buah buku itu boleh siap hanya dalam masa beberapa bulan sahaja.

Ditanya bagaimana mendapat idea mereka resipi-resipi tersebut, Hanieliza yang sememangnya peramah memberitahu, ini kerana suaminya tidak suka makan di luar dan mahukan makanan yang cepat dimasak.

‘‘Oleh itu saya harus memasak beberapa jenis masakan dalam jumlah yang sedikit setiap hari dengan kadar yang cepat. Inilah yang menyebabkan kebanyakan resipi saya telah diolah dengan hanya mengandungi bahan-bahan yang mudah dicari dan cepat dimasak. Kebanyakan masakan itu juga tidak memerlukan waktu yang lama terperuk di dapur,’’ kata ibu kepada lima orang anak yang turut mengadakan kelas masakan di sekitar Terengganu.

Beliau yang juga pengajar untuk kelas bakeri, kuih tradisional dan masakan di sekitar Terengganu menjelaskan, empat buku pertama diterbitkan telah pun habis di pasaran kerana permintaan sungguh memberangsangkan.

‘‘Ada yang datang ke rumah atau e-mel kepada saya untuk mendapatkan buku-buku itu yang sudah tiada di kedai-kedai buku seperti MPH, Borders, Times, Kinokuniya. Oleh itu dinasihatkan bagi yang ingin mendapatkannya bolehlah memesannya di www.pts.com.my,’’ katanya turut mempunyai laman web: hanieliza.blogspot.com bagi yang ingin bertukar-tukar pandangan mengenai masakan.


Wednesday, 2-Sep-2009 20:06 Email | Share | | Bookmark
Al-Kisahnyaaaa....

Assalamualaikum buat adik-adik sekelian..
semoga semuanya sihat dan gambira dalam menjalani ibadah berpuasa

ada tak yang wondering mengapa lama kakliza tak celoteh kat blog ini..
meh kakliza citer ...


aceli selepas beberapa hari kakliza balik dari shooting kat TV9 aritu kakliza telah demam panas..
memang saspen tau..mana tau kot-kot kakliza H1N1..sebab simptom tu macam ada kes selsema oing-oing tu jer..
semasa kakliza demam tu..tersangatlah sedih kerana selalunya taklah lemah sangat..
tetapi kali ni udah lah lemah..taklalu makan..takmo bercakap..asik tidur jer....
mata asik nak katup jer...
sampaikan anak-anak pun makan apa saja yang ada..
celup biskut ngan milo jer...

kakliza buat blood-test..dan keputusannya kakliza bebas dari wabak H1N1 tu..alhamdulillah...

masa nak sambut puasa tu kakliza masih lemah lagi...
sedih sesangat sebab tak dapat nak sediakan masakan yang kebiasaannya kakliza akan buat begitu meriah meja dengan pelbagai hidangan spesel.....
tapi kakliza gagahkan juga masak...alhamdulillah...
dapat juga kakliza masakkan hidangan yang anak suka pada hari pertama puasa..Ayam Tandoori dan Salad Timun...



aceli sekarang ni kakliza sepatutnya menyiapkan resepi untuk buku KUEH KUKUS..
tetapi kakliza heran..setiap kali buat..ada jer yang tak menjadinya..kantoi habis...
sampaikan kakliza begitu tensen..kena sumpahan ker ...?
akhirnya kakliza minta pada penerbit buku kakliza untuk tukar schedule dan membuat KUEH MINUM PETANG dulu..
tapi aceli semangat kakliza untuk meneruskan memasak kueh dah habis down..
buat pun acuh tak acuh jer...

apapun kakliza really missed masa-masa kakliza belum komited ngan buku..
nampaknya selesai jer buat buku [ada lagi 5 buku to complete] kakliza nak relax sehabis-habisan..
takmo masak yang teruk2...
eh..kalau boleh nak saja suruh orang lain masak..n kakliza makan jerrrrrrrrrrr...
tapi boleh ker..sebab bukan mudah nak cari orang masak ikut selera kita...



Tuesday, 1-Sep-2009 12:23 Email | Share | | Bookmark
Biskut Raya 2009

 
 
Due to tempahan yang overloading..dan kakliza telah tuliskan order tutup 2 minggu puasa..so..



masalah untuk buat biskut raya..
apa kata kita tenguk disini...
tempahan diterima sehingga 2 minggu puasa..

so apa lagi..jangan tunggu lama-lama....
cepat buat tempahan..

Che Bedah Home Made Cookies merupakan pengusaha kuih yang dibuat asli dari rumah yang telahberpengalaman sejak 1985

Alamat Pembekal:
Che Bedah Cookies
15, Jalan 4/3A
Bandar Baru Selayang Fasa 2B,
68100 Batu Caves
Selangor

Tel : 012-6254790
Puan Zabedah binti Kamarudin





Biskut Almond London ~ RM23.00 [54 biji]


Biskut Ferrero Roche ~ RM23.00 [54 biji]


Biskut Makmur ~ RM23.00 [60 biji]


Biskut Tat Nenas ~ RM23.00 [54 biji]


Biskut Romalex ~ RM26.00 [70 biji]


Biskut Snow White ~ RM26.00 [70 biji]


contoh balang biskut




Friday, 14-Aug-2009 07:29 Email | Share | | Bookmark
Demo Masakan di TV9 [Nasi Lemak Kopi O]

Jangan lupa saksikan kakliza di TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O



kakliza akan masak Nasi Goreng Tomyam [dari buku NASI]



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net