Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 21-Nov-2006 15:31 Email | Share | Bookmark
Nasi Arab dan Ayam Tandoori Goreng

 
 
 
 
 
 
 
 
 
arini kkliza ditugaskan untuk membantu sediakan bahan untuk jemaah surau Rantau Petronas untuk belajar masakan dari ustaz yg mengajar kat surau situ..
kami seramai 25 orang bergotong royong masak 10 kilogram beras bathmati dan 6 ekor ayam...dan juga bahan untuk buat dalca dan sambal merah..





NASI ARAB

Bahan

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori




AYAM TANDOORI GORENG

Bahan

1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.


SAMBAL MERAH

Bahan

200 gm cili kering ]
200 gm bawang merah ] mesin
3 ulas bawang putih ]
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
minyak
garam
gula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

wah kak liza seronok bergotong royong masak nasi dan lauk pauk,dan pula ada yang mengajarnya lagilah meriah majlis.kalau masak nasi banyak ni kena berhatihati jaga apinya,lauk pauk tak apa,senang jeee,dari pengalaman sayalah.... seronak tgk kaumkaum ibu memasak, penuh masa lapang.tq.assalamualaikum. Mon 25-Dec-2006 00:25
Posted by:unnamed
sorry kak terlupa taruk nama ,unnamed tu saya,muza,diatas. hehehehehe Mon 25-Dec-2006 00:28
Posted by:MUZA
arghhh sedapnya nampakk!!!
baguihnya ada aktiviti surau mcm ni. meriah surau, ada aktiviti kemasyarakatan mcm ni kan?
Mon 25-Dec-2006 03:11
Posted by:afzan  - [Link]
wau, bestnya nampak nasi arab nih..biasanya liza makan ayam tandoori tuh gan nasi biasa je..ayam tandoori yg saya buat biasanya bakar je..goreng pun bleh gak rupanya.. Tue 26-Dec-2006 05:15
Posted by:shaliza81 noza81@yahoo.com
sedapnya akak..boley wat menu raya ler... Wed 27-Dec-2006 11:40
Posted by:chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
akak, liza dah try buat nasi arab tuh..mmg best laa..first time try menjadik trus..tq banyak2 ler.. Tue 2-Jan-2007 04:59
Posted by:shaliza81 noza81@yahoo.com
resepi muffin susah betul nak cari.......
baru ingat nak wat kek miffin choco..........
Sat 5-Apr-2008 12:01
Posted by:suraya zitasura@yahoo.com
sedapnyer.... Sat 5-Apr-2008 12:04
Posted by:ayra ayra_syakira@yahoo.com
mane nak dapat recipe dalca sayur? Thu 11-Sep-2008 08:47
Posted by:zam zam ala kazam zam757@yahoo.com
k.liza,nasi arab ni kalu aym tu dlm tu gnti ngan daging blh x? Fri 12-Sep-2008 15:05
Posted by:k khasye@yahoo.com.my
sedapnya.... Mon 20-Apr-2009 04:51
Posted by:wati hermione_marissa@yahoo.com  - [Link]
hye kakliza.. sye ni bru je join cni.. resepi akak mmg meletop. teruja sgt... sye ni dpt tender msk utk husbn pnye pkrja slame sblan..kdg2 xad idea nk msk ape. bila masuk je cni xtau nk msk yg mane resepi smua best2 tq kak.... Mon 20-Jul-2009 12:33
Posted by:ctjb gtg_engineering@yahoo.com.my
sengoti ko sedap ni...........namo tak ngapuh...... Wed 29-Jul-2009 02:34
Posted by:mamat perat lahjean@yahoo.com
memang sedap Mon 31-Aug-2009 13:47
Posted by:roswati roswati66@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.