;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Nov-2006 21:14 Email | Share | Bookmark
Majlis Tahlil dan Meraikan Bakal Haji

Puding Laici
Kuetiaw Goreng
Kek Coklat
Kek Lapis Pandan
Tat Telur
Puding Koktel
Tembikai
Serimuka Gula Merah
Kueh Badak
Bihun Goreng Putih
Puding Cincau
Bihun Sup Utara
makanan di majlis
tat stoberi dan tat anggur
Bihun Sup Utara
Puding Jagung Peach
arini kkliza diminta untuk buat makanan untuk majlis tahlil Allayarham Kapten Mohd Salleh [pilot helikopter yg jatuh di laut] dan meraikan bakal haji yg akan berangkat ke Mekah..
majlis berlangsung di Surau Rantau Petronas..
kak liza diminta kontrak masak membuat bihun sup utara dan tetapi kak liza juga bawa dessert puding laici..
selain dari itu jemaah surau juga membawa bermacam2 juadah untuk dimakan bersama...
so meriah...apatah lagi bila bab tapau menapau tu...




BIHUN SUP UTARA

Bahan A

1 paket bihun ] rendamkan beberapa jam
2 s/b kunyit ]

Bahan Kuah
500 gm daging berlemak muda [potong besar]
300 gm perut
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
garam
air secukupnya

Bahan Hiasan
daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
bawang goreng
cili merah [hiriskan]
limau kasturi [belah 2]

Cara
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut.
2. Daging dihiriskan nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan.

SAMBAL MERAH

Bahan

100 gm cili kering ]
100 gm bawang merah ] mesin halus
3 ulas bawang putih ]
1 labu bawang besar [mayang]
3 s/b tomato sos
3 s/b cili sos
minyak
garam
gula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.



Quote:

chenorms adeque_78@yahoo.com ~~ bukan menghilang tapi sibuk ngan aktibi famili..cuti sampaikan nak tulis kat fp ni pun macam malas jer...
ficka ismail ieyka_kirana@yahoo.com ~~ TQ...kak liza dah masuk forum artis melayu tu...
MUZA ~~ kakliza bukan tak mau menulis tapia sik bertangguh jer...
sorila..kek tu bukan resepi kakliza..nanti kkaliza tolong carikan..
tie tie2103@yahoo.com ~~ sorila ..kek tu bukan kkliza buat..ahli jemaah surau yg bawak..kkliza pun x tahu sapa empunya..rasanya resepi kek ni ada kat forum cari..tapi kkliza tak pernah buat pun...
mamazieza ~~ kkliza terharu sungguh dengan kerinduan mamazieza...sob..sobbb..
Krayolan ~~ bolehlah cuba nanti sebab raya ni sure banyak dapat stok daging..
shaliana ~~ mmg sedap bihun tu..sambal tu ada kak liza tuliskan kat topik nasi arab..sama jer..
izah hasan hafizah_ch@yahoo.com ~~ sorila..lama tak updates fp ni..mmg bizi sungguh...n TQ sbb sudi mencuba buat kek kkliza...
zuera jas_fyra@yahoo.com ~~ kkdg tu mood datang bertalu2..tu yg sekali tulisc larat u all nak baca nanti...hehehhehe...
nana ~~ puding koktel tu bukan dessert kakliza..tapi rasanya boleh buat macam puding buah..tenguk kat index Puding kak liza...
rosleenda rosleenda66@yahoo.com ~~ sedapppp..nak pulak makan masa ujan tu...
asnida ~~ boleh saja jika nak link..x der poblem..n TQ...
mummy jam ~~ mmg sedap mummy..trylah buat sekali...

MamaFaMi ~~ nanti kalau dah panaskan enjin ..kakliza pung kalah....
nic ~~ tat telur tu orang lain bawak ke surau tu..
jaja fizaja87@yahoo.com ~~ kakliza dah tuliskan...
:~F&Z~ Selamat Aidil Adha dan juga tahun baru..semoga lebih cemerlang dan bahagia ditahun baru..
Nabialishad ~~ Selamat Tahun Baru..Aminnnn...
ardznie ~~ kalaua terliur..jom kita masak bihun sup tu...
norma ~~ TQ sbb trying the Nasi Arab dan lauknya...semoga norma dan keluarga berpuashati..
ummi Nurin ~~ Salam Aidil Ada juga buat Ummi Nurin.. TQ sbb cuba resepi kkliza n semoga berjaya dalam percubaan yg lain..ummi najwa amira_hayati@yahoo.com ~~ Salam aidil Adha juga.. n TQ sebab sudi mencuba resepi kakliza..
kalau dok kemaman bolehlah kita date nanti...kakliza akan mengjar kek kat kedai FAST Bakery bulan 2 nanti..
mommy_d&d ~~ kakliza pun terliur gak bihun tu bila sekali sekala tenguk gambar ni...hehheheh..
haniey ~~ TQ dear sebb sudi cuba nasi Arab yg dibuat oleh melayu..kalu ujan mmg lapo perut..
:++ FarEast PhotoWorld ++ ~~ tat tu mmg abis dulu..sib baik kkliza sempat merasanya..nak tapau tu boleh tapi kenalah datang ke surau..
mamazieza ~~ makan yg mana berkenan tapi dengan kadar paling sikit setiap satu kueh tu..biasalah kami kalau ada jamuan..mmg masing2 tunjuk skill..dan selalunya mmg terliur abis laaa...
Aieenn narien@yahoo.com ~~ jgn nangis..tapi terus kedapur dan buat jer...
zakiah zainudin ~~ kakliza baik tapi masih mals nak updet fp sebab sibuk ngan urusan sekolah anak yg tahun 1 tu..








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net