;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Dec-2006 23:38 Email | Share | Bookmark
KUETIAW KERANG



KUETIAW KERANG

Bahan-Bahan:

500 gm kuetiaw
300 gm isi kerang
1 ikat daun kucai [dipotong 1 inci ]
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
2 sudu besar cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
4 sudu besar kicap manis
2 s/b sos tomato
2 s/b air
1 biji tomato [potong kecil]
sedikit minyak garam [jika perlu]

Cara:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap.
3. Masukkan kerang, tomato sos dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kuetiaw, tomato buah, tahu, taugeh dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan dengan lada jeruk

NOTA:
pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje ...




LADA JERUK

Bahan

cili hijau [ hiris kasar]
ciliapi [buangkan tangkai]
gula secubit
garam secukup masin
cuka secukup terendam cili

Cara
1. Basuhkan dan toskan cili.
2. Rendamkan semua bahan dalam botol kaca atau balang kecil.
3.Simpan untuk semalam.
4. Bila nak maka hanya ambil cili.

Quote:

afzan ~~ kakliza mmg suka kuetiauw..tapi anak kurang..tu pasal kkliza jarang buat..
Ida ida@medix.com.my ~~ haaa..sekarang kkliza come back to fp..kkliza suka buat cili jeruk aklau ada baki cili kat dalam p/sejuk tu..pastu makan ngan nasi goreng/mee goreng sbb kkliza selalu buat masakan tu tak pedas..
mummy zimah n mizah dienia@yahoo.com ~~ a'ah senang jer.. pejam mata pun boleh goreng..
zana ~~ alahai.. senang jer..macam goreng mee jer..
cubalah buat..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net