;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Jan-2007 16:24 Email | Share | Bookmark
Bingka Roti Berlauk

 


BINGKA ROTI BERLAUK

Bahan Bingka

1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam

Cara
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk
400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly]
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].


Quote:
1. ida ida@medix.com.my ~~ selalunya kita buat puding roti tu manis..so kali ni kita buat yg makan ngan daging pulak..baru ada pembaharuan....
2. jeff ~~ boleh saja..silakan lah cilok...
3. rinnchan ~~ jommmmm...
4. MamaFaMi ~~ kalau MamaFaMi buat lagi laaaaaaaa sedapppppppppp...
5. MUZA ~~ mudahan kena dengan selera Muza..
6. ciklalat intan_lalatz@yahoo.com ~~ kakliza dah tenguk dah..tapi selalunya
7. Ayu Liana ~~ tenguk gambar ni masa perut kosong mmg laparrr..dugaannnn..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net