Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Jan-2007 13:22 Email | Share | Bookmark
BISKUT COKLAT CIPS RANGUP

coklat cips rangup
baru-baru ni ada kawan kkliza memberikan sedikit biskut coklat chips pada anak2..
biasalah kalau benda sikit memang jadi rebutan..
kebetulan bahan2 kueh masih ada so kak liza pun mengadunkan apa yg mereka hajati..
barulah puas makan dn tak der lah dengar berebut2 lagi....





BISKUT COKLAT CIPS RANGUP

Bahan A

250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

NOTA : boleh juga gunakan tepunng gandum..
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati..






Quote:
1. jeff ~~ kakliza setuju...
2. rinnchan ~~ kakliza pun suka buat gini sebagai kudapan..tapi kkdg tu ada angin malas gak..
3. MamaFaMi ~~ kakliza tunggu dengan penuh kesabaran...
4. zakiah ~~ betui tu zakiah..satu adunan boleh dapat dalam 110 - 120 unit..
5. mamazieza ~~ mamazieza kalau buat cookies atau kek..sure cun melecun punya...bolehla hantar 1 hamper pada kkliza pulak nanit...
6. :Nini ~~ boleh saja..kakliza dah edit maklumat diatas ..
7. aureanayz ~~ boleh gantikan dengan tepung gandum biasa jer.. 8. ida ida@medix.com.my ~~ beress....
9. mieza ~~ kakliz apulak tunggu laporan ni...
10. ct ~~ tepung biskut tu adalah sejenis tepung dikenali ngan nama tepung low protien..mmg khas buat biskut..kandungan airnya kurang..kalau buat biskut selalunya rangup...
11. misa misa_ibu@yahoo.com.sg ~~ tepung biskut tu boleh digantikan ngan tepunggandum biasa jer...mmg seronok kalau buat anak2 seronok makan..berbaloi penat mak buat...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net