;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Feb-2007 21:03 Email | Share | Bookmark
Our 26th Anniversary

 




ari ni ulang tahun perkahwinan kak liza dan jejaka pilihan kakliza bernama Mukhtarizan bin Abdul Hamid yang ke 26 tahun....

meh kakliza citer sikit yer...harap jangan boring la yer...
selalu asik citer pasal masak jer..
so arini kkliza rasa nak citerlah sapa dia jejaka pilihan kakliza yg selama ni menjadi rahsia...

kak lliza mengenali dia..hahhahhaa.. dia adalah jiran kkliza semasa tinggal dirumah bujang kat PJ dulu..
masa tu kakliza kerja kat PJ la..dn dia kerja pun kat sana juga..
tapi kemudian dia kerja kat syarikat minyak...dilaut nun

dipendekkan citer..
bila makpak kami tahu..maka depa pun percepatkan tarikh kawin tu...
oleh kerana dia kerja offshore..dan hanya seminggu kat laut..seminggu kat darat..
so makpak dia pilih tarikh 14 Februari 1981 untuk menikahkan kami..
masa ni kakliza kerja kat pejabat kerajaan KL..kat Jalan Dato' onn [cuba teka pejabat apa]..
tapi le ni dah pindah ke PutraJaya dah kot..
masa tu kakliza kerja ngan PM Tun Dr Mahathir..

bila dah kawin..asik berjauhan..mana tahan ...
so dia pun kerja kat KL...[bukan syarikat miyak]..tapi oleh kerana dah biasa kerja ngan syarikat advance teknoloji..so dia apply kerja syarikat minyak lain..
alhamdulillah dapat tapi kena kerja kat opis di Tganu...so kami duduk berjauhan lagi..
tak lama pastu kak liza dapat anak sulong lelaki..so hepi dan kkliza berdoa supaya dia menjadi ketua pada adik2nya...
Alhamdulillah nampak gaya tu dah ada tokoh...

taklama dia kerja ngan syarikat minyak ni dia dihantar untuk berkursus di UK selama 6 bulan..
so kkliza amik cuti tanpa gaji mengikutnya dan bawa anak kami Mohd Azlan..
oleh kerana seronok tinggal bersama sepanjang masa kat sana..balik dari UK kakliza pun berhenti kerja dan terus tinggal di Tganu dengannya..
seterusnya kkliza pun menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan anak kami pun bertambah...
dari seorang anak lelaki menjadi 5 orang anak semuanya..tetapi hanya seorang anak dara jer..

anak-anak kakliza...
Mohd Azlan berumur 25 thn masih belajar di IPTA Shah Alam..kos Komputer Sains
Nurul Azlina bermur berumur 21 thn belajar kat IPTS di KT..kos Perakaunan
Mohd Azri berumur 16 tahun..akan p MRSM Alor Gajah Melaka 19 Mach 2007 ni
Mohd Azib berumur 11 tahun sekolah di SK Rantau Petronas dalam tahun 5
Azmil berumur 7 tahun sama sekolah ngan abangnya tapi tahun 1

bagi kakliza untuk mencapai tempuh perkahwinan yg lama begini mungkin memerlukan pengorbanan dan kesabaran..
so kakliza berdoa agar kami di beri rahmat oleh Allah SWT untuk sentiasa bahagia dan dilindungi dari segala ujian dan dugaan yg berat...

pengalaman yg paling indah bagi kakliza ialah sambutan anniversari kami yg ke 22 thn semasa berada di tanah suci di Mekah kerana menunaikan haji pada tahun 2003 lalu..
sepanjang tempuh disana kami sentiasa kesana kemari berduaan saperti dalam berbulan madu sehinggakan jemaah Haji yg lain begitu cemburu dan selalu mengusik2 kami...
teramat indah sungguh sehingga rasakan setiap tahun nak p ke sana lagi..tapi akan daya...
cuma kami berdoa akan pergi lagi satu masa nanti..InsyaAllah...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net