;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Feb-2007 17:40 Email | Share | Bookmark
Terimakasih ..Thank You so muchhhhhhhhh...



buat adik-adik siber sekelian...

kakliza mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih atas ucapah tahniah dan doa-doa untuk kakliza..dan juga keluarga kakliza..
amat terharu sekali kerana walaupun kita tak pernah berjumpa dalam alam nyata tapi dalam alam siber seolah2 kita sentiasa berhubungan satu sama lain....

aceli kak liza pun tak sangka adik-adik sekelian begitu perihatin ngan tulisan dan posting kakliza..
mulanya hanya sekadar suka-suka amik gambar masakan..tulis resepi yg kkliza suka masak..mmg hobi masak..
susah nak elak...susah nak cakap kalau dah syuk masak ni...

semoga dengan adanya fotopages kakliza dapat membantu adik-adik yg baru berjinak ngan dapur..dunia masakan atau yg baru mendirikan rumah tangga...
setakat ni memang kakliza gembira ..seronok berada di dunia masakan walaupun dalam alam siber..

tapi besar kemungkinan bermula esok kkliza akan kurang berada dalam alam siber ni kerana kakliza akan memulakan jualan kueh makanan petang di tempat kakliza tinggal...
walaupun kakliza berjualan waktu petang antara jam 3 ptg sehingga 7 ptg tetapi persediaan tu memerlukan masa juga..
apa pun kakliza akan cuti pada setiap Jumaat dan Sabtu atau cuti sekolah kerna ingin meluangkan masa bersama anak dan keluarga..
so sapa yg lalu berhampiran ngan Kerteh boleh la singgah kat gerai kakliza...

sebelum kakliza menutup entry arini ingin kkliza susun sepuluh jari memohon berbanyak-banyak maaf sekiranya tulisan kkliza ada yg kurang menyenangkan...

insyaAllah kalau ada masa kkliza akan menuliskan resepi lagi...
salam mesra dari kakliza...





Quote:
1. Kak Ani ~~ TQ Kak Ani...Liza akan berjualan kueh kat gerai nasi beriani PakAli..depan pejabat pos berhampiran masjid Tengku Mizan Kerteh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net