;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Mar-2007 14:55 Email | Share | Bookmark
Cucur Udang

 
semasa kakliza p pasar..ada penjual sayur tu bagi kakliza cili merah yg bengkuk sebanyak 1 kilo..
so kakliza pun teringin nak buat cili sos dan makan ngan cucur udang..



CUCUR UDANG

Bahan A

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
udang kertas secukupnya

Bahan Mesin
udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.


SOS CILI

Bahan A

10 tangkai cili merah [buangkan biji]
1 cawan air
3 s/b cuka
1 ulas bawang putih [jika suka]
3 s/b sos tomato
2 s/b gula
garam

Bahan B
3 s/b air
1 s/b tepung jagung

Cara
1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat.
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.


Quote:
1. mamazieza ~~ bila tiba masanya..basi laaa..
2. MamaFaMi ~~ hehhehe... ...Mama buat lagi nampak sedappp...
3. jeff ~~ mmg betui..lagi garing lagi sedap..krup..krapppp bila makan kueh ni...
4. zakiah ~~ Alhamdulillah... semoga sentiasa dimurahkan rezeki...
5. ahar+zabar=wani&mimi zabariahhassan@yahoo.com ~~ kena cuba gak...
6. fifi fad ~~ kalau dekat ngan kkliza sure dapat..
7. umi-kal Nasution kaynasution@hotmail.com ~~ terimakasih...
b]8. rinnchan ~~[/b] kakliza pun sama gak..nampak masakan org lain..sure leleh terliur...
9. ShidaAziz - Sweet Frosting ~~ biasalah dulu-dulu semuanya kena tumbuk dalam lesung sampai hancus...suka atau tak..mmg kena paksarela...
10. Acik ~~ kena cuba buat baru tahu sedapppppppppp....








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net