;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Mar-2007 07:39 Email | Share | Bookmark
Kueh Lapis Kacang Hijau

 


KUEH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan A

2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
garam

Bahan B
1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
1/2 cawan air
pewarna hijau

Bahan C
1/2 cawan air

Cara
1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci.
5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.


Quote:

1. mamazieza ~~ kakliza just potong/tekan gunakn acuan bulat cookies raya tu...
2. someone ~~
3. MamaFaMi ~~ kukus dalam loyang 8 inci bulat..buat macam kueh lapis lain/merah tu jer..yg penting adunan ni tak lembek dan tak keras..n TQ for de doa...
4. unnamed ~~
5. Ida ~~
6. sahar+zabar=wani&mimi zabariahhassan@yahoo.com ~~ mmg boleh tukarkan pada bahan lain saperti kacang merah..cendul..jagung..
7. jeff ~~ oleh kerana dah lama x makan.disyurkan makan pulak dalam tempuh masa yg terdkat ni..pastu boleh komen laa kat sini...
8. kejora ~~ kkliza gunakan acuan tart nenas pesen lama tu...kalau nak cantik bila potong..kueh kena sejuk dan gunakan pisau pelastik...
9. MUZA ~~ mmg betui bagai dikata...mmg kira nak makan jer kueh ni...
10. mommy_d&d ~~ kkliza tak berjualan dah sebab rasanya tak sanggup nak rushing giler2..penat siot..sampaikan nak makan pun x sempat...sbb kkliza x der helper...
11. rinnchan ~~ mmg ada lebihan masa buat potongan gini..tapi biasanya ada jer tukang makan... mmg bila kueh ada persembahan yg menarik..sure akan laku...
12. dilazuraizi faradiba_dila81@yahoo.com ~~ boleh saja tunjuk ajar..cuma tanya jer kat sini..insyaAllah akan kkliza bantu mana yg boleh...
13. zana/ros ~~ mmg untuk jualan tapi bulan potong gini..potong biasa jer...
14. harleena ~~ tak salah lagi..mmg sedap..
15. someone ~~
16. huzadia ~~ sama-sama...semoga berjaya...
17. KNizam ~~ kalau belum pernah cuba..so now kenalah cuba...
18. era eranimn@yahoo.com ~~ sama-sama...
n19. abialishad ~~ mmg cadangnya nak buat jualan ler...
20. gabey ~~ kakliza x der resepi satay bakar..tapi kuah kacang tu ada la..cuba tenguk kat archive atau index tepi tu...
21. RaqynRafiqin ~~ kalau pos..dah basi nanti baru la sampai..amacam...
someone ~~
22. nn ~~ [/b]amat dipersilakan untuk mencubanya...
23. Shida Aziz ~~ shida pula pakar cup-cakes...
24. xf xanthic80@yahoo.com ~~
25. arlina@midf.com.my ~~
26. miss lia onepiecebakery@yahoo.com ~~ mmg sedap tapi kalau selalu makan..mungkin akan kurang sedap laaa...
27. azura ~~ kakliza gunakan acuan tart jenis lama tu..just press onto the kueh masa nak hidangkan tu...
28. unnamed ~~ jom cubaaaa...
30. searchcomparebuy ~~ mmg sedap...
31. nanie ~~ TQ kerana sudi mencuba...nanti buatlah lagi...
32. misa misa_ibu@yahoo.com.sg ~~ kacang tu rendam sambil buat kerja lain dari masak..pastu rebus sampai kacang kembang... kalau gunakan tepung kacang hijau boleh juga rasanya [kkliza x pernah cuba lagi...] tapi tak nampak biji2 kacang tu laa...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net