;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Mar-2007 08:38 Email | Share | Bookmark
MRSM Alor Gajah Melaka

 




hari ini anak ke3 kkliza [Mohd Azri] mendaftarkan diri di MRSM Alor Gajah Melaka sebagai pelajar baru tingkatan 4..
MRSM ni baru dibuka di Alor Gajah dalam Mukim Ayer Pa'abas ..kira2 10 km dari pekan Alor Gajah, 10 km dari pekan Masjid Tanah dan 11 km dari pekan Tampin..
menurut mtaklimat yg diberikan kali ini MARA mengambil 420 orang pelajar dari lepasan PMR 2006 diseluruh negara

anak kkliza amat gembira menerima tawaran ini walaupun pada mulanya dia agak blur memandangkan dia adalah wakil daerah dalam pasukan squash yg dia idamkan..
tapi bila dia memikirkan masa depannya dan galakan/semangat yg diberikan oleh keluarga dan kawan2 dia menerima tawaran kesini tanpa rasa berbelah bagi..
mulanya kkliza ingatkan dia mungkin rasa agak jauh berbanding kawan2nya dapat tempat di MRSM yg berhampiran rumah [Kuantan]..
tapi bila kkliza cakap kita boleh mohon pertukaran MRSM, dia tetap mahu meneruskan pengajian di MRSM Alor Gajah juga..

mendengar saja tawaran ini kkliza amat sedih keran terpaksa berpisah/berenggang dengan anak dalam usia yg awal..
berbanding ngan abang dan kakaknya yg mana hanya berjauhan ngan kkliza setelah tamat SPM..
tapi kkliza redha demi masa depannya...
semoga dia mendapat kejayaan yg cemerlang nanti..InsyaAllah..


jalan masuk ke MRSM


bangunan akademi


padang untuk riadah/sukan


semasa mendaftar..
selamba jer kkliza amik gambar walaupun ada yg macam hairan..
tapi selepas tu nampak ada yg gunakan videocam pulak buat shooting...


bangunan asrama
anak kkliza tinggal seramai 4 orang 1 bilik ditingkat 1

selepas selesai segala urusan kakliza pun bertolak ke hotel di bandaraya Melaka kerana asben kkliza terpaksa bertugas di Melaka selama 2 hari..
maka...bercucuranlah air mata seorang ibu....
makin kesunyianlah kakliza dirumah kerana selalunya dialah menjadi teman kkliza masak dan makan..
dan yg penting sekali dialah tukang rasa dan komen yg setia dirumah...



Quote:
1. :KNizam ~~ betui..cantik dan nampak persekitarannya begitu menarik..
2. Edoras ~~ alamak..kalau setap minggu p tenguk dia..jenuhlah makpak dia penat sebab bukannya dekat dari Kerteh nak p Alor Gajah...lagipun bila lagi nak biarkan dia berdikari..
3. jeff ~~ terimakasih....Aminnnnnnnnnnn...
4. MUZA ~~ W'salam...InsyaAllah akan kkliza sampaikan salam tu bila jumpa dia nanti...
5. MamaFaMi ~~ mmg sedih..hanya seorang ibu jer tahu perasaan bila berpisah ngan anaknya..apapun sabarlah..nanti balikla dia tu....
6. :F&F (Ummi Afi & Dania) ~~ Amin..InsyaAllah anak2 kita akan beroleh kejayaan yg cemerlang..
7. ju juariahyunus@yahoo.com ~~ terimakasih...nak masukkan lagu tu..kena citer panjang..nanti kkliza emel kat ju..
8. shukri sfawani sfawani@hotmail.com ~~ mana dekat Melaka dan Kuantan..kena gak travel selama 3 - 4 jam bab buli tu kkliza harap tak der la...semoga mereka semua gembira di asrama tu...
9. rxcrew ~~
10. wise_gal ~~ ini anak no 3..yg sulong dah 25 thn dah..mmg kkliza pengalaman anak lekai lasak sikit berbanding anak ppuan..kena selalu menyanyi lagu rock n roll..mmg kena ada stamina yg kuat untuk main kejar2..
11. ED Photography mzaidi@uum.edu.my ~~ terimakasih..aceli semua ibu atau ayah akan merasa gembira bila anak2 berjaya..
12. rinnchan ~~ masa dia nak masuk tingkatan 1 dulu pun dapat gak tawaran asrama tapi dia kira macam 50% jer nak p..so kkliza let him decided..then dia nak stayed kat sekolah lama..but then kali ni mmg dia nak p sungguh..so hv to relakan laaa..InsyaAllah doa ibubapa akan mengiringi dia dan adikberadik yg lain..
13. zana/ros zanaz70@yahoo.com ~~ TQ...so far kkliza hanya berhubung dengan HomeRoom dia jer..n nampaknya takder masalah apa2..dia mmg dah ready nak masuk MRSM masa tingkatan 1 lagi tapi masa tu maybe belum rezeki dia kot...
14. Julie ~~ TQ so muchhh... harapan kkliza semoga dia akan lebih berjaya dari abang long dan kakaknya..InsyaAllah..
15. umi-kal Nasution kaynasution@hotmail.com ~~ mudah-mudahan Allah akan makbulkakn doa kami dan juga ibubapa lain semoga anak2 berjaya..
16. mama~aLesYa ~~ terimakasih kerana sudi menjadikan fp kkliza sebagai rujukan masakan...dulu masa tahun 90an kkliza selalu p MRSM Kuantan anto anak jiran sudi situ..
17. ida isk ~~ terimakasih...tula..dia mmg seronok nak jadi pioneer kat situ...
18. zoomer azam_photography@yahoo.com.my ~~ amat gembira sebab fp kkliza dapat dimenafaatkan oleh ramai orang..
tahniah anak kak Liza dpt masuk MRSM..cantik kawasan sekolah tuh..mmg best la nak belajar 19. ina-saudi..:: terimakasih ...itulah..banyak jugakawan2 kakliza yg x-mrsm cakap gitu..semoga dia beroleh kejayaan yg baik..
20. rini rani wanharini@yahoo.com.my ~~ kakliza pun teringat zamans ekolah gak bila masuk kawasan sekolah..tambah pulak kkliza dulu pun sekolah kat Melaka..Sekolah Ghafar Baba Masjid Tanah..
21. tok selampit ~~ no probelem bab nak rasa dan komen.. ..yg probelemnya..dimanakah anda berada...?
22. flowergirl ~~ terimakasih....
23. mommy_d&d ~~ terimakasih ...nanti lenkali kalau lalu..calling-calling la kkliza...teringin gak nak jumpa mommy_d&d ni...
24. nabialishad ~~ kalau setakat tadika..dia akan balik selepas 3..4 jam..tapi kalau dok asrama jauh..3..4 bulan sekali baru balik lorrrrr....
25. lynnmlk ~~ terimakasih kerana sudi melawat fp kkliza..aceli kkliza mmg bersekolah kat Sekolah Ghafar Baba Masjid Tanah tahun 1972 -1974 dulu..so kira macam kembali ke nostalgia lama lerrr...
26. mummy jam ~~ mmg betuahla mummy tak berenggang ngan anak..tapi anak2 kkliza mmg nak cuba berdagang...takperlaa..asalkan still dalam mesia..boleh gak p mai p mai nanti..
27. ummiaiman ~~ takziah kkliza ucapkan..sedih sungguh..sure sepupu ummiaiman tu sedih amat..hilang semangat..tapi pujuklah dia supaya tabah...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net