;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 29-Mar-2007 10:37 Email | Share | Bookmark
Rainbow Marble Pudding [blackmore]

 
Buat memenuhi permintaan....

Quote:
mana resepi puding tu??? Wed 14-Feb-2007 06:51
Posted by:zura zura1827@yahoo.com


kak liza,boleh tak bagi resipi puding pelangi blackmore Mon 19-Mar-2007
06:03
Posted by:pathma padhmawadhy@hotmail.com





Rainbow Marble Pudding [blackmore]
[sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]
kakliza just copy n paste her posting...


Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya


Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

...Rainbow Marble Pudding nie ialah hidangan lemak manis yang memang elok dijadikan hadiah pada hari pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja...


Quote:
1. mommy_d&d ~~ kakliza pun suka buar puding bila ada majlis ..jamuan..
2. jeff ~~ mmg betui sekali...
3. ida isk ~~ ok..kkliza tunggu kemunculannya ...
4. cek de sam ~~ orait ..semoga berjaya nanti...
5. umi-kal Nasution kaynasution@hotmail.com ~~ sama-sama kasih..n TQ juga to BLACKMORE juga sebab sudi share resepi ngan kita...
6. RosLeenda rosleenda86@yahoo.com ~~ biasalah kkdg tu ada orang nak resepi..kebetulan kkliza rajin buat..so bolehlah penuhi permintaan..so nanti kalau Leen free..boleh cuba juga...
7. rozzan ~~ bagi kakliza..hasil kkliza ni x lah cantik sangat..tapi ada orang lain buat lagi cantik ....n rasanya memang sedap sebab lemak berkerim....mmg pun kkliza pun pernah buat puding marble saperti ni cuma campurannya agak berbeza sikit abahannya..
8. F&F (Ummi Afi & Dania) ~~ itu tandanya F & F adalah kesayangan nenek...
9. iNaa ~~ kalau tenguk puding ni dari tuan asalnya lagi cantik..cun melecunnnn...
10. :marlin ~~ aceli 'air paip tu' adalahh sebab kkaliza copy n paste dari resepi asal..tapi kakliza dah edit dah...gunakan air biasa..mineral pun orait...
11. fymein ~~ aceli apabila agar2 dicampurkan ngan susu dan tepung kastad dan tepung kok..adunannya akan memekat ..bila nak tuangkan tu kena very-very gentel..romantik perlahan gitu..kena really careful supaya adunan yg di curah atas lapisan tu tak tercampur sama sendiri..x perlu tunggu sejuk..apa pun semoga fymein mencuba buat lagi dan semoga berjaya..
12. liza meknis_reena@yahoo.com ~~ alhamdulilah sebab suami liza [oppsss..sama nama laaa.. ] pun dah suka makan masakan isteri...nanti lagi semangat la nak masak....
13. RaqynRafiqin ~~ kkliza ni suka mencuba..tapi ada orang lain yg lebih creative..anyway TQ ....
14. rinnchan ~~ lapisan tu kena tuang gunakan 1 saiz cawan/senduk..so baru nampak macam sama jer...
15. Ida Natrah ~~ tq..jom cuba buat nak tak...
16. Siapa saya??? ~~ hahhahahha.. ..ooooo saja nak usik kakliza yer....mama kalau buat sure gempaq lagi...
17. nabialishad ~~ ahaaa...nanti ada lah angin R tu...masa tu teruskan projek..aceli kkliza mmg suka buat puding ni..sejuk jer bila makan...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net