Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Mar-2007 16:56 Email | Share | Bookmark
LONTONG atau KUAH LODEH

Nasi himpit
lontong
teringin nak makan lontong so kakliza pun....



LONTONG atau KUAH LODEH

Bahan sayuran

1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil]
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.




NASI IMPIT

Bahan

2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.

NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.


Quote:
1. Mama Muhammad ~~ kalau gitu..no problemo..tadahkan pinggan cepat supaya kakliza boleh ulur kot pc ni..amacam..orait tak....
2. rinnchan ~~ le ni takyah tunggu raya..aribiasa pun boleh buat..tapi syaratnya ramai tukang makan sebab kuah lodeh ni banyak beno bahannya..so berbaloi kalau ramai tukang perabih...
3. iNaa ~~ masa depa jual tu cepat2 la beli..kira sapa cepat dia dapat laa...bab sukatan air ni rasanya sama macam sukatan beras biasa kot...cuba buat sikit dulu..tenguk camner hasilnya..pastu baru buat banyak-banyakkkkkkkk...
4. MUZA ~~ w'salam...alahai..sayangnya dah abissssssss laaaa...
5. Steve Troy ~~ sure so delicious ..sampai jilat sudu...
6. mommy_d&d ~~ memang sedap..lemak berperisa...
7. RII~~ salam...kakliza pernah tuliskan acar rampai masak tu..cuba tenguk ACAR RAMPAI MASAK
8. MamaFaMi ~~ Jom kita buat laa.....
9. :ummiaiman ~~ttambah..jangan tak tambah,,tambah ilmu yg baik ...
10. mamazieza ~~ Apa pulak lontong bodoh..kira rajin la tu maka dapat lontong..kalu tak rajin..mmg makan angin je laaaaa...
11. ida isk ~~ alahai..udah abis laaa....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net