Want your
own Fotopage?







 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Apr-2007 14:29 Email | Share | Bookmark
NASI KUKUS

nasi kukus
ayam berempah sedia digoreng
minggu lepas kawan kkliza ajak p lunch kat kedai Nasi Kukus yg baru dibuka kat Paka..
ramai orang sampaikan kena tunggu la...
rasanya sedap..ayam garing..
bab rege... RM4.50 sepinggan dengn kari terung..sambal belacan ulam timun jer
mungkin akan jadi bualan in town la sikit hari lagi...



kedai yg kakliza p makan aritu..


tenguk tu kukusan yg mengukus nasi..tinggi betui...


nasi dalam kukusan..mmg depa masukkan beras dan air..pastu kukus..
kebetulan kkliza nampak masa depa letakkan mangkuk beras berisi air..


ayam siap goreng..boleh pilihhhh..


kari kepala ikan..tapi kakliza rasa kalau beli...sure rege tu kerat kepala yg makan tu..
baik kkliza masak sendiri...


nasi yg kakliza makan..

so geram punya pasal..kakliza pun berazam nak buat sendiri..
apalagi..tarrraaaaaaaaaaaaaaaa....


NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan ansi masak. [lebih kurang 30 minit][/img]

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
3 batang serai ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

Sambal Belacan

Bahan

5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
garam
2 biji limau nipis [ambil jusnya]

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
3. Rasakan masam dan masinnya.

kakliza buat kari kepala ikan..
masak pekat-pekat gitu..buh terung bulat dan kacang bendir..



KARI KEPALA IKAN

Bahan-Bahan:

1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak [dibersihkan]
2 bungkus serbuk kari ikan [bancuh ngan sikit air]
5 biji sayur bendir
2 biji terung bulat [belah 4]
3 biji cili hijau [buangkan tangkai]
2 biji tomato [belah 4]
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan tumis
5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan sayur bendir, terung bulat, tomato dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih/kukus..atau roti biasa/canai.

Cara Hidangan
Hidangkan semuanya dalam pinggan bersama kari ikan atau kepala ikan, sambal belacan, ulaman timun dan sayuran mentah.




Quote:
1. RosLeenda rosleenda86@yahoo.com ~~ selalunya bila ada resepi baru..sedap pula..so mmg teringin nak emncuba buat..sib baik hangin R ada masa tu..so projek pun jalan laaa..
2. iNaa ~~ ada juga benda yg takder akt tganu ni..ini bukan nasi lemak.hanya nasi putih dimasak secara kukus..dan kkliza dah buat dah..kiranya murah juga makanan kat sana yerrr..kkliza tak pernah buat taucu daging..tapi ayam masak taucu pernahlah buat...
3. mayagift mayagift06@yahoo.com ~~ hehehe..tat telur tu kakliza pernah tulis rese[inya..nanti kakliza tuliskan semula...
Nie mesti sedap selalu dengar nasi lemak kukus saja...lihat gambar pun dah berselera.. Tue 3-Apr-2007 10:21
4. Noor ~~ mmg betui..selalunya kita nampak nasi lemak kuks..tapi nasi kukus ni rasanya mmg takder kalestrol..tu yg syuk nak mencuba...lagipun mmg sedap pekena pulak ngan kari kepala ikangggg....
5. MamaFaMi ~~ mmg lah le ni harga makanan agak mahai dah..al-maklumlahharga barang semua naik..even harga buruh pun naikkkk...semuanya naik..yang turun hanyalah HUJAN....





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net