Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Apr-2007 13:42 Email | Share | Bookmark
Nasi Goreng Kampung

 
arini kkliza nak masak sempoi..
sebab selalu masa ada jer lebihan masakan..
sejak anak no 3 tu takder..adik2 dia kureng laju makan...
kkliza dah asben pun macam tak semangat ....




NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-Bahan:

4 cawan nasi sejuk [hancurkan]
2 biji telur ayam [pukul sikit]
5 tangkai kacang panjang [potong 1/2 inci]
1/2 batang carrot [potong dadu kecil]
kobis bulat [potong kecil]
minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segengam ikan bilis
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan kacang panjang dan sayuran lain. Ksehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.



Quote:
KAMPUNG FRIED RICE

Ingredients

4 cups cold cooked rice
2 eggs, lightly beaten
5 long beans [cut to ½ inches]
½ carrot [cubed]
Cabagge [cut to small potion]
Oil to fry
Salt

Roughly Pounded
2 red chillies,
6 bird eye chillies
2 shallots
2 cloves garlic
dried anchovies
1 inch belacan

Method
1. Heat the oil and fry pounded till fragrant.
2. Add in long beans, carrot and cabagge. Stir well.
3. Add in eggs and let for a while. Then stir well.
4. Finally pour add in the rice and salt and fold in to combine
5. Served with some spring onion and crispy fried onion or keropok on top



CELOTEH KAK LIZA....

Quote:
1. zana/ros zanaz70@yahoo.com ~~ kalau nak lagi sedap..taruk ciliapi lebih sikit..baru berasap tinger masa makannnn...
2. iNaa ~~ kalau nak sepingan kena datang umah la..nak pos ..takut posmen buat kenduri pulak..dia pun terliur juga...
3. jie jie jie_6004@yahoo.com ~~ kalau masukkan belacan..masa tumis tu wanginya takleh nak cakap laaa...tapi kena jaga2..taku kalau2 nanti terus hangit...
4. mamazieza ~~ kalu nak nasi goreng bandar..kkaliza kena p goreng kat KLCC..barulah tengah bandar...hahahhaa...
5. :rinnchan ~~ kalau nak senang..tumbuk sambal tu siap2..masakkan sendiri dan simpan..balik kerja ..tumiskan sikit lagi dan masukkan nasi dan bahan lain..senang kan..cepat kerja..cepat boleh makan....
6. MamaFaMi ~~ siap puan..nak pedas lebih ker..atau nak belacan lebih...
7. cik_bawang ~~ bila sebut nasi goreng kampung ni..takleh lawan gunakan lesung tumbuk tu..lagi sedap dari gunakan blender...so nampaknya kena jugak bawa lesung batu p obersi ...
8. MUZA ~~tak kan air suam jer.. ..tapi kkliza pun suka air suam kalau makan kat luar..jaga kesihatan....
9. ida isk ~~ anak dan asben kkliza tak tahan pedas...so hanya sekalis ekala jer kkliza buat nasi goreng pedas ni...
10. zuraini ~~ boleh saja..nanti kakliza tuliskan yer...kkliza akan buka entry yg baru bab gunakan mesin breadmaker tu..InsyaAllah...
11. Mummy jam ~~ keropok ni..mmg wajib kat umah kkliza.. stok untuk sebulan 2 kgs..
12. jem ~~ Terimakasih kerana sudi menjadi peminat..[perasan macam artis pulak... ]InsyaAllah mana yg kkliza boleh tunjukkan..akan kkliza bantu..just ask jer laaa...dalam apa hal pun selalunya kita mestilah jadi beginner..pastu barulah jadi pro..tak gitu dek non....
13. ina chan ~~ nasi goreng cina tenguk sini NASI GORENG CINA


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net