;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Apr-2007 08:35 Email | Share | Bookmark
Al-Fatihah..

 
hari ini kakliza mendapat berita..kawan kakliza yg selalu kakliza sebut namanya dalam posting lepas ..Zakiah atau Zai telah kehilangan suami tercinta..
suami nya meninggal dunia mengejut kerana sakit jantung..
memang Allahyarham ada penyakit tu tapi baru jer membuat pemeriksaan di Hospital Kuantan minggu lalu..
tapi apakan daya..ajal maut dah sampai..tidak sesaat pun boleh ditangguhkan...

oleh kerana kakliza adalah kawan rapat dengan Zai..so kkliza rasa perlu menemani dia..comfort her..
tapi sayangnya kakliza pulak yg sedih tenguk dia..sampaikan kakliza yg meleleh tak kesudahan...
akhirnya selepas solat zohor jenazah suami Zai bernama Mohd Azri Nunis bin Abdullah [dia memeluk Islam apabila berkahwin dengan Zai ] telah disemadikan bersebelahan kubur anakda perempuannya di Kerteh ini..

Allahyarham adalah seorang suami yg baik dan bertanggung jawab pada keluarganya..
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..InsyaAllah...
AL_FATIHAH...




Quote:

kakliza bagi pihak Zai dan keluarga mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih atas doa dan ucapan adik-adik sekalian...hanya Allah juga yg akan membalasnya.
Zai amat terharu sekali sehinggakan dia sanggup meminta anaknya buka fotopages ini dan membaca doa adik-adik sekelian...
sekali lagi terimakasih yg tak terhingga....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net