;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 29-Apr-2007 18:04 Email | Share | Bookmark
Kueh Talam Keladi Berlauk

 


TALAM KELADI BERLAUK

Bahan A

2 cawan tepung beras
2 s/b tepung ubi
2 s/b tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 s/b udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 s/b bawang goreng

Bahan C [hiasan]
cili merah [cincang]
bawang goreng
daun sup dan daun bawang [racik]

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.



CELOTEH KAK LIZA...
Quote:
1. mami ~~ kakliza dah tuliskan resepinya..cubalaa..
2. sheizkha ~~ kebetulana da lebihan keladi masa buat tempahan orang..so kkliza pun buat jelaa kueh ini..
3. Nina ~~ hehhehe..macam nampak jer nina dok kelek keladi tu...
4. Penyulawa ~~ best juga kalau berjiran..boleh kakliza selalu dapt makan roti baru kuar dari oven..
5. marida ~~ sekali sekala buat kueh kukus pulak mmg sedap..
6. umimuadz ~~ boleh gantikan ngan ubi keledek warna oren atau biru/purple tu ataupun ngan carrot..kakliza pernah buat gak...
7. jie jie ~~ aceli mmg ada orang buat makan ngan cili sos tapi kakliza buat cara rengkas sempoi jer..abis jugak laaa..
8. zana/ros ~~ sapa yg suka makan keladi...kira orait la..lagipin ni talam pedas2 sikit..tak kan nak makan yg manis jer kannnnn...
9. rinnchan ~~ kalau ahi keluarga tak makan..mmg tak berbaloi buat tapi kakliza buat masa nak bagi pinggan orang dna juga nak perabiskan baki keladi tu...
10. MamaFaMi ~~ kalau tak suka keladi..cuba try gantikan ngan carrot..kira ok jugak tau...gembira bila Mama syuk dapat apa yg dikirimkan..hahhahaa.. ..nanti kakliza poskan keladi lagi yer...
11. Watie ~~ TQ..
12. Syerah & Zainul ~~ Orait..nanti jangan lupa kasi reportnya...
13. ima ~~ tapi camera hp pun le ni canggih jugak..kakliza pun terliur gak tapi dah ada camera digital ni so taklah kisah sangat..kkliza akan singgah kat fp tu nanti



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net