;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-May-2007 14:33 Email | Share | Bookmark
Kek Marble Mocha

Kek Marble Mocha
Baru-baru ni anak kakliza no3 balik dari asrama..
so sajalah buat kek untuk dia merasa seronok...




KEK MARBLE MOCHA

BAHAN:
bahan A

250 gm butter
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

bahan B
240 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder...] ayak bersama
1 s/k mocha paste
1 s/k nescafe

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 180 C.


CELOTEH KAK LIZA...
Quote:
1. Syerah & Zainul ~~ kkliza pun masa anak balik tu ari-ari buat kek sampai seram jugakla..tapi dia makan ngan kawan2 dia..kira orait la...
2. mamazieza ~~ alahai mama..dia yg pandai buat kek..nak minta kat kita pulak...haiyaaa....
3. MUZA ~~ kena buat bila mood adalah..nanti baru syuk kerja...
4. mama4sya ~~ aceli masak ni mmg kena buat ari-ari sebab keluarga kakliza tak suka makan masakan kedai..lagipun sebagai isteri yg tak ekrja..kenalah kreatip masak..takleh masak menu yg sama jer.nnt bukan depa yg jemu..tapi kakliza pulak yg jemu...n tq sebab selalu menjenguk fp kakliza..
5. unnamed ~~ TQ..
6. ida isk ~~ alhamdulillah..aceli kaliza seronok tenguk depa enjoyed makan apa yg kakliza masak..
7. rinnchan ~~ boleh saja nak jadi anak kkaliza..tapi kena sabo ngan ekrenah kakliza yer...kek ni mmg ada bau kopi..dan kakliza amat suka....
8. mummy jam ~~ tapi anak2 kakliza mmg makan jer apa yg kakliza masak..so kakliza kena pandai2 tukar menu..
9. chendana ayu_cendana@yahoo.com ~~ Alhamdulillah...
10. mknace ~~ bolehhhhh..
11. Jie Lea Adra ~~ hehhea..berkanda dinda pulak cik puan ni...
12. cik_bawang ~~ kalau nak balik bercuti umah kakliza..amat dipersilakan...
13. smudgy ~~ wau pandai smudgy amik hati tunangan yer..semoga akan belih berjaya dimasakan akan datang...
14. cik-kedai kedaikuonline@gmail.com ~~ kakliza tak apsti mocha tu ada kat pasaraya...selalunya ada dijual kat kedai jual bahan kek/biskut...
15. RosLeenda rosleenda86@yahoo.com ~~ hehhe..nanti kalau kakliza buat..kakliza akan kirimkan yer...
16. ainaz_5129 ~~ kakliza xpastila boleh kukus atau tidak..tapi boleh juga nanti kakliza cuba kukus...mana tahu menjadi ..
17. ibuSofea navygal842004@yahoo.com ~~ tak payah jeles..jom masak sendiri..
18. nana ~~ TQ...
19. mami irsyad ~~TQ..n yourmuffin mmg nampak menggoda kalbu laa..
20. Ila d.tangan@yahoo.com ~~ TQ ..so nanti bolehlah berkunjung setiap hari...
21. ctredzuan [tudung bawal's store] ctredzuan@yahoo.com ~ alahai..kkaliza tolong sikit jer..bukan banyak benar..seronok bila layan orang dalam masakan..
22. kynswimsuit kynswimsuit@yahoo.com ~~ TQ...
23.jeff ~~ setuju..
24. Su susyirah@yahoo.com.my ~~ biasanya susu segar tu ada tulis 'fresh milk' ..tapi kkliza biasa jer masukkan susu yg ada dalam kotak kecik2 tu..susu berperisa tu kakliza biasa gunakan susu coklat dalam kek coklat..susu stoberi dalam kek stoberi...gitulah seterusnya...
25. mrs.apple ~~ hehehhe..kek selalunya lebih moist pada keesokan harinya..tapi kalau nak nampak basah tu..ada bahan air atau susu...kkliza pun x suka beli kek kat kedai..mmg nampak kering...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net