Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-May-2007 15:28 Email | Share | Bookmark
Kerabu Tomato dan Ikan Bakar Tomyam

Ikan Bakar Tomyam
Kerabu Tomato
Quote:
TOMATO

Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.
Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.
Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .

Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.
Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.


teruja ngan ramai yg mencuba KERABU TOMATO & IKAN BILIS so kak liza pun mengambil kesempatan buat kerabu ini untuk digandingkan ngan Ikan Bakar Tomyam sebagai hidangan kami..
kakliza mohon mahap banyak2 dari mamazieza sebab pandai2 jer olah sendiri resepi/kerabu ini sebab kakliza nampak kalau cili hanya dihiriskan..kerabunya tak ebrapa pedas..
sebab kakliza ni agak suka pedas dan masam..so inilah hasilnya....




KERABU TOMATO DAN IKAN BILIS
Sumber - Mamazieza
di olah oleh hanieliza

Bahan

Ikan bilis goreng segenggam
3 biji limau kasturi
garam
gula

Bahan hiris
3 biji tomato
sedikit cili padi
bawang besar
1 batang serai

Bahan mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
2 las bawang merah

Cara1. Tumbuk ikan bilis tadi .
2. Gaulkan semua bahan hiris dan mesin supaya sama rata.
3. Perahkan limau dan taburkan ikan bilis goreng.
4. Hidangkan dengan ikan bakar.




IKAN BAKAR TOMYAM

Bahan

2 ekor ikan selar
daun limau purut
jus limau nipis atau kasturi
aluminium foil

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 tangkai serai
1 biji tomato
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam aluminium foil.
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas.
3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.




CELOTEH KAK LIZA...
Quote:
1. :Lees ~~ terimakkasih atas ingatan dan doa tu... ..SELAMAT HARI IBU..
2. asmida ~~ selamat hari ibu 2 U ..kakliza suka juga makan mentah..
3. jeff ~~ cubalah pulak buat ikan cara ni..ikan taklah kering sangat..
4. MUZA ~~ ikan bakar ni sempoi jer..mmg sedap kalau ada cicahnya...
5. MamaFaMi ~~ kakliza setuju betui tu..mmg sedap dan senang jer buatnya..
6. :Penyulawa ~~ hahhahha..jgnlah berat nak visit..seronok kalau u komen ni..senyum jer kakliza membacanya..
7. RosLeenda ~~ kalau dekat boleh antar kasi rasa..so nampaknya Leen kena buat la...
8. :nieta ~~ kakliza pun mmg mudah cair air liur kalau tenguk kerabu ni...
9. Acik ~~ mailah pindah kat umah kakliza..lepas makan kakliza dera basuh pinggan dan perkakas masak...
10. mummy damia ~~ SELAMAT HARI IBU 2 U 2...hehhee..
11. ida isk merpati66@yahoo.com ~~ kalau kakliza poskan..tinggal sampul jer nanti..posmen tumpang rasa...
12. kamsiah binti omar yah3178@yahoo.com ~~ mmg kalau bakar ikan dalam foil tu ikan akan basah..tapi taklah kering macam kita bakar kat atas api tu..rasanya air tu taklah banyak sangat...
13. nic ~~ mmg sedap...
14. azura azuraww@yahoo.com ~~ TQ..
15. Hani ~~ seronoknya kkliza bila ada yg sudi mencuba...
16. Nita ~~ mm mmg menyelerakan ..tambah-tambah kalau tengah lapar..
17. Su susyirah@yahoo.com.my ~~ kakliza arasa ada resepi apam gula hangus yg kukus tapi nanti kkliza cari dulu...
18. chendana ayu_cendana@yahoo.com ~~ betui tu..
19. chendana ayu_cendana@yahoo.com ~~ opsss..tersyasyul pulak dek sedap kerabu tu...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net