;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 16-May-2007 12:43 Email | Share | Bookmark
Daging Kerutup

Daging Kerutup
bila dah masak nasi dhall..tentulah nak lauknya pula..
so kakliza buat...




DAGING KERUTUP

Bahan

1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 s/b kerisik [1/2 biji kelapa digoreng dan kisar]
3 s/b rempah kerutub
2 s/b gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1/2 cawan air asam jawa
garam

Bahan Mesin
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara
1. Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.



NOTA:
Rempah Kerutup ni kakliza gunakan REMPAH KERUTUP ADABI..packet besar..
tapi kalau kat Kelantan atau Terengganu mudah didapati dipasar2 atau kedai runcit..



CELOTEH KAK LIZA
Quote:
1. iNaa ~~ betul tu...cubalah buat..pastu aksi mak makan sikit..test market..heheeh
2. kamsiah binti omar yah3178@yahoo.com ~~ kakliza tak pastilah pasal rempah cap bunga rose tu..tapi kak liza pernah buat campurkan rempah kurma dan rempah kari ayam sama banyak..then masak macam biasa..
3. Lees ~~ cuba gunakna rempah kerutup ADABI..tapi dalam pakt besar jer [250 gram]..ada jual kat kedai/pasar...
4. MUZA ~~ betuila...wangi sampai jiran bertanya...
5. niza cattyniza@singnet.com.sg ~~ kakliza pun duduk Terengganu baru dengar dan masak masakan ni...
6. rozzan ~~ nasi dhall ni senang jer masak.tu yg rajin tu...kena pulak makan ngan kerutup tu..mmg lagila ...boleh juga makan ngan roti..
7. MamaFaMi ~~ yela..kalau ada pulut kuning mmg sedappppp...mailah makan..
8. jie jie ~~ jangan tangguhtangguh..jom masak kerutup sementara rempah masih elok algi tu..
9. niza ~~ selalunya kalau masak rendang..biarlah gunakan api perlahan tapi lama sikit la....jgn lupa kacau sekali sekala..nanti hangus pulak..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net