;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-May-2007 19:16 Email | Share | Bookmark
Ikan Kukus Serai

Ikan Kukus Serai


IKAN KUKUS SERAI

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih


Quote:
NOTA:
Sesiapa yg tiada pengukus boleh masakkan dalam microwave..setting MEDIUM selama 15 minit
atau
masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan..tambahkan 1/2 cawan air ..tutup kuali dan masakkan selama 20 minit api sederhana..



CELOTEH KAK LIZA...
Quote:
1. MamaFaMi ~~ hahahha.. ..mmg syuk ikan tu diselimuti oleh hirisan carrot..
2. inna ~~ ikan kukus ni mmg sesuai untuk org diet dan ada sakit..tak der kalestrol dan senang nak buat...InsyaAllah akan sampai tu nanti..
3. ilda ~~ jom cuba...
4. nkhairil79 nkhairil79@yahoo.com ~~ ada kakliza tuliskan kat atas...
5. RosLeenda ~~ tak per Leen..bila ada masa cubalah buat..
6. mommy daanya nhf_azidah@yahoo.com ~~ kalau nak buat buku agak susah sikit sebab kakliza tinggal kat Terengganu..banyak proses yg kakliza kena lalui..cukuplah tulis kat sini..
7. MUZA ~~ betui tu MUZA..senang dan berkhasiat..
8. kamsiah binti omar yah3178@yahoo.com ~~ boleh gantikan ngan kicap cair atau larutan garam..tapi jgn sampai masin sangat pulak...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net