Want your
own Fotopage?






























 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-May-2007 10:57 Email | Share | Bookmark
Ayam Paprik

 
Quote:
.............sambungan KESELAMATAN DI RUMAH................

TERBAKAR / MELECUR

1. KLASIFIKASI TERBAKAR

a. First Degree - permukaan kulit sahaja [bahagian atas]

i. kemerahan-merahan atu hilang warna
ii. bengkak sedikit dan rasa sakit
iii. cepat sembuh

b. Second Degree - melibatkan hujung-hunjung saraf
i. merah
ii. ada tanda-tanda menggelembung
iii. bengkak yang nyata [beberapa hari]
iv. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari laisan kulit yang rosak

c. Third Degree
i. kerosakan tisu lebih dalam
ii. kemusnahan pada lapisan kulit luar
iii. tisu-tisu dalam dapat dilihat

2. RAWATAN
a. sejukkan bahagian selaran [tempat melecur] serta merta dengan air biasa selama 10m- 15 minit
b. tanggalkan alat-alat yang menjerut pada anggota-anggota yang tercedera saperti jam tangan atau cincin
c. tutup luka selaran dengan bahan-bahan yang tidap gebu tapi bersih [jangan sapu krim, minyak, ubat gigi, serbuk kopi atau kicap]
d. jika bahagian selaran lebar, hantar dengan segera ke klinik atau hospital





Ayam Paprik
Bahan potong kecil

300 gm isi ayam ayam
100 gm carrot
100 gm brokoli
100 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau
1 labu bawang besar

Bahan sos
2 s/b kicap pekat
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
5 helai daun limau purut
1 batang serai ketuk
3 biji limau kasturi [ambil jus]
5 biji ciliapi [ketukkan]
3 ulas bawang putih [ketukkan]
1/2 cawan air
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.
4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan kacau.
6. Masukkan jus limau dan tutup api.
7. Hidangkan dengan nasi putih atau mee/bihun yg telah dicelurkan.


CELOTEH KAK LIZA...
Quote:

1. aleen_72 ~~ kekadang kkliza pun buat gitu gak..ada cheating bahan sikit..
2. jie jie ~~ sedap dan senang..
3. MUZA ~~ betul tu..
4. deq-nur teja710 ~~ TQ...nanti cuba pula masakan yg lain..InsyaAllah puas hati..

yum yum... leen ada cuba buat padprik 2/3 minggu lps, tp 'cheating' sikit bahannya.. tambah pes tomyum sbg extra perasa... Wed 30-May-2007 15:15
Posted by:leen aleen_72@yahoo.com
sedapnyer Wed 30-May-2007 15:47
Posted by:jie jie  - [Link]
ayam paprik makan dengan nasi putih.dah cukup semua ada sedap dan memyelerekan...... Wed 30-May-2007 23:00
Posted by:MUZA
akak..
saya telah cuba resepi ikan kukus.. akak..
wah sedapnya... kalah kedai masak..
TQ so much....

boleh lah menjamu mata di fp saya
Mon 4-Jun-2007 04:51
Posted by:deq-nur teja710@gmail.com  - [Link]
hi ,saya sangat admire dengan semua resepi kakak.
kalau ada masa tu layarilah website saya ok.mcm-mcm ader


TQ
Thu 19-Jul-2007 00:46
Posted by:liza liza_daphne@yahoo.com  - [Link]
terima kasih, resepi yang puan berikan dalam ruangan ini banyak membantu saya menyediakan hidangan berbuka puasa untuk anak-anak saya . Semoga tuhan memurahkan rezeki puan-Amin Fri 28-Sep-2007 08:13
Posted by:maya
ari ini saya mencuba ayam paprik. semoga menjadi. Fri 9-Nov-2007 04:54
Posted by:norbani mba8031@yahoo.com.my
elo akak..ct dah try resipi ni..alhamdulillah..jadi sejibik cm kat kedai tomyam..sukenyee..hubby ct siap ckp leh bukak restoran tuu..thanx a million to u kak lizaa...ct ske giler try resipi2 akak..n jadi tu!heheh..dun stop posting ur recipes yaa..muahhsss Wed 30-Jul-2008 09:52
Posted by:siti
Saya baru sja abis kursus HM Catering (dip) kat Poli Merlimau. Skrng sy stay kat umah je tak de keja. Sy suke tngok kak Liza berjaya dlm bidang ni. Apakah sy ada peluang utk keja dgn kak liza @ kak liza bg tip utk sy utk dptkn keje dlm bidang ni. Ok kak Liza teruskn usaha semoga berjaya dgn cemerlang..
take care
just me Aimi
Thu 28-Aug-2008 16:16
Posted by:Aimi Attyrah Bt Mat Said saidban@yahoo.com
boleh try lepas spm. Tue 4-Nov-2008 07:30
Posted by:haselyn bllue_berry@yahoo.com.sg
"SATU CARA MENDAPATKAN PENDAPATAN DI INTERNET!!!"
Bagaimana ANDA Boleh Menjana Sumber Pendapatan Diantara RM100.00 Sehingga RM1,000.00 SEMINGGU, Sambil Anda Melancong dan Bergembira Bersama Yang Tersayang. Walaupun Anda TIADA Kemahiran Dan Pengalaman dalam Perniagaan Internet, ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!"
http://www.e-jariah.net/zagfaa
Tue 6-Jan-2009 07:30
Posted by:zagfaa  - [Link]
salam, kak liza~nak tanya akak pakai kicap pekat brand ape eh and beli kat mana?saya selalu konpius bab kicap pekat..tq Sat 4-Apr-2009 00:40
Posted by:mama dz
Kak liza, saya amat meminati laman web kak liza, terutama dengan menu yang amat menarik dan pratikal Thu 14-May-2009 09:08
Posted by:Hanis firra98@yahoo.com
kak liza, hana budak baru belajar.. hehehe... baru berjinak2 nak masak nie... someone reccomend me ur website... mmg sangat2 membantu... thanks kak liza... utk masakan ayam paprik, kicap pekat tue kicap pekat manis ker??? konpius sikit... Mon 22-Jun-2009 07:49
Posted by:hana
perrggh memang sedap paprik ayam nih lagi-lagi bila ditambah nagn sotong & udang.fuh!!..tq kak liza Wed 23-Dec-2009 03:09
Posted by:qaseh keemandine86@yahoo.com.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.