;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Jun-2007 10:19 Email | Share | Bookmark
Coney Dog

coney dog
teruja ngan masing-masing dok mencuba Coney Dog ni..[nama yg kureng sedap nak sebut...
kakliza memang selalu buat ..
cuma tak tahu namanya Coney Dog sebab bila ada lebihan inti pizza atau spagethi kak liza akan makan dengan roti hog dog ..
atau pun kakliza akan campurkan dengan telur dan buat sebagai roti john...

saperti biasalah..kakliza kalau masak mmg takleh elak daripada masukkan bahan sayur dalam presentation..
bukan apa..saja nak kasi balance..food piramid dalam pemakanan anak-anak kakliza..
kebetulan pula depa mmg tak kisah...makan jer...




CONEY DOG

Bahan

400 gm daging cincang halus [mince meat] RAMLY
3 biji tomato [potong dadu]
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
2. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
4. Gaul rata dan biarkan sampai pekat.
5. Taburkan aregano dan kacau lagi.
6. Masukkan dalam pinggan.
7. Belah roti hot dog dan masukkan daun salad.
8. Masukkan bahan yg dimasskan dan hiaskan dengan sos cili dan mayonis.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net