;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 8-Jun-2007 15:44 Email | Share | Bookmark
Nasi Beriani Daging Prunes

daging prunes
nasi beriani
acar nenas
oleh kerana anak-anak ada kat umah sempena cuti sekolah ni kakliza terlebih rajin la sikit..
kebetulan ada kawan nak rasa dan tempah nasi beriani n setnya..
so kakliza pun buatlaa...nasi beriani, daging prunes, ayam goreng berempah dan acar nenas...




NASI BERIANI

Bahan

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
2 biji buah tomato [potong dadu]
3 biji cili merah [potong 2]
3 biji cili hijau [potong 2]
100 gm daun pudina ]
100 gm daun sup ] potong kasar]
100 gm daun ketumbar ]
1 liter air
1 cawan susu cair
2 s/b minyak
4 s/b minyak sapi
kismis
garam
1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] hiriskan
2 cm halia ]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuh dan akcau. Masakkans ehingga naik minyak.
3. Masukkan daun yg dipotong kasar dan cili merah & cili hijau.
4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
5. Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker.
6. Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
7. Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.
8. Hidangkan dengan daging prunes dan acar.





DAGING PRUNES

bahan

600 gm daging [potong nipis]
1/2 cawan buah prune [buangkan biji dan mesin halus]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam

bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

Cara
1. Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan buah prune mesin dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau beriani.





ACAR NENAS

Bahan [hiris]

nenas
timun
cili merah
cili hijau
bawang besar
carrot
garam
gula
cuka atau lime jus

Bahan Mesin
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah

Cara
1. Semua sayuran dipotong dan basuh. Toskan.
2. Gaulkan bahan mesin dengan cuka, gula dan garam. kacau rata.
3. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.



CELOTEH KAK LIZA...
Quote:

1. MamaFaMi ~~
bukan dera..tapi goda laaa..
2. MUZA ~~ bila tak boleh bergerak..sure tergolek punya...
3. anir azrisham_7910@yahoo.com ~~ sedap..terasa keenakan buah prunes tu..
4. rani nuwairani@gmail.com ~~ alahai..kakliza masak biasa-biasa jer..masakan seharian..
5. mami ~~ oh ye ker.. pingan tu kakliza beli kat Rantau Panjang..senang gunakan melamine ni..tak bimbang jatuh dan pecah...
6. Syerah&Zainul ~~ marilah cuba..nanti kakliza buat ayam masak kismis pulak..
7. rani nuwairanismail@gmail.com ~~ kakliza mmg gunakan emel yahoo.com
8. Kacip ~~ hai..hai..hai kacip..terimakasih sebab sudi bertandang kerumah kakliza yg serba sempoi ni...jgn malu-malu untuk datang lagi yer..
9. Mallan ~~ rasanya 1 kg beras tu untuk makan 6 atau 7 orang kot..kakliza tak pernah sukat pulak.. cubalah buat daging prunes tu..
10. za ~~ jomlah cuba-cuba masak..gunakanlah resepi yg banyak ada dalam FP kakliza atau adik2 siber yg lain..
11. maklang ~~ kalau ramai orang makan memang berbaloi masak banyak2 gini..
12. zakiah hussin chzakiah@yahoo.com ~~ kakliza mmg gunakan rempah beriani buatan local people sini..tapia da juga brand MAGGI..cuma tambahkan sikit rempah kari sebab rempahnya kuning bebenar...
13. ida isk ~~ lepas tenguk bolehla p makan kat cafe...
14. leen aleen_72@yahoo.com ~~ seronok kakliza baca bila ada yg nak mencuba..selain nasi beriani..boleh jer makan daging prunes ngna ansi putih..roti ata sebarang nasi tumis minyak sapi...
15. mama dina arena_boutique@yahoo.com ~~ TQ..
16. rinnchan ~~ kakliza pun x sangka SIL nak ajak p main air sbb depa baru je balik dari Sunway Laggon sebelum tu..daging prunes ni kakliza x ingat belajar mana tapi ada tulis dalam kitab masakan kakliza tu..
17. Acik ~~ cepat-cepat lap ..nanti menitik kat kibod tu...
18. syawal syawalidris@yahoo.com ~~ regenya RM998 kot..anak kakliza yg tolong p belikan kat Sg Wang Palza, KL nun ..mmg syuk usung camera ni..gatal jer tangan nak snnap sana snap sini...
19. Pet ribbonboutique@gmail.com ~~ TQ...
20. mama_ImanSyahirah ~~ buat..jangang dok buat..
21. diba ~~ hahhahahha..
22. mrs.apple ~~ kkaliza suka gandingkan nasi tumis [beriani..minyak..tomato] dgn acar mentah begini..taklah semua maskan berminyak..mengenai fp Rosleenda kakliza pun x tahu mengapa jadi begitu..
23. Hajar ~~ kakliza tunggu laporannya nanti..
24. marlin ~~ kenalah rajin masak sebab anak-anak balik berkumpul kat rumah masa cuti sekolah..resepi ada yg sendiri..ada yg belajar dulu2 dan ada yg amik dari geng2 forum..fp ..
25. boxhousestudio ~~ waalaikumusalam..seronok bila projek amskaan adik tu nampak berjaya..semoga akan lebih berjaya nanti..InsyaAllah...
26. AN ~~ mehla pindah dok dekat ngan umah kkliza..buku kakliza tulu bertajuk ANEKA TALAM & KUEH LAPIS nama kakliza takder sebab buku tu diselaraskan oleh orang lain...
27. Mahligaiasmara Collections ~~ mmg teringin nak buka kedai tapi masih belum cukup ilmu ...
28. Lini ~~ silakanlepak..jangan malu bertanya...
29. zana/ros ~~ nanti dah cuba..berilah berita mengenai masakan tu...
30. Zoomer azam_photography@yahoo.com.my ~~ TQ..
31. rani ~~ nuwairanismail@gmail.com ~~ kalau balik Kedah..schedule selalunya mmg ketat..ada jer projek..so takleh janji boleh jalan2 berkenalan...
bestnya resepi.....hapdet lagi kak resepi yg power2 gitu! Wed 13-Jun-2007 10:01
32. chendana ayu_cendana@yahoo.com ~~ InsyaAllah akan di hapdetkan...
33. mamazieza ~~ cubalah buat baru hilang teruja tu..
34. Ilia ~~ nak lari mana tuuuu...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net