;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Jun-2007 03:13 Email | Share | Bookmark
Asam Pedas Ayam

asam pedas ayam


ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan:

1 kg ayam [buang kulit danpotong kecil]
7 batang daun kesum
2 biji tomato [belah 4]
3 mangkuk air
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
2 pokok daun ketumbar [potong pendek]
garam

Bahan-bahan dikisar:
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 biji buah keras
2 cm belacan [jika suka]

Cara-cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga ayam empuk.
5. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
6. Angkat dan hidangkan.
7. Taburkan daun ketumbar.



CELOTEH KAK LIZA....
Quote:
1. nana ~~ kalau dah try nanti jangan lupa report sini...
2. MamaFaMi ~~ jomlah masak ..cuba makan...
3. nabialishad ~~ hahhaha..betui ker tu..
4. mrs.apple ~~ kalau ikan..kakliza suka asam pedas ikan pari..takder tulang..so taklah tercekik
5. cek de sam ~~ kalau tak der daun kesum..boleh gantikan daun limau pururt atau daun ketumbar jer..
6. Hajar ~~ boleh..boleh..mailah sini..
7. kamariah ~~ w'salam..salam perkenalan..aceli daun kesum kalau dah tanam..mmg kena potong selalu supaya tumbuh cantik dan lama hidup..so apalagi..jom petik dan masak asam pedas...
8. mami ~~ asben kkliza lebih suka asam rebus..tapi sekali sekala kakliza buat jer asam pedas...dia makan isi dan kuah sikittttt jer...anak2 yg besar mmg sukaaaa banget..rasanya dia macam tomyam pekat jer...
9. lieya ~~ hi...kakliza tak masak dan makan sayur jeruk tu sebab bimbang "kehalalan" sayur tu..cuba gantikan dengan timun tua atau tomato mengkal..









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net