Want your
own Fotopage?






 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Jun-2007 08:58 Email | Share | Bookmark
Puding Caramel Lapis Coklat

puding Caramel Lapis Coklat
Quote:
kak liza bagila resepi puding karemel lapis
bleh tak nampak seddap Tue 15-May-2007 05:19
Posted by:pen biru pikacu78@yahoo.com

k.liza ,
puding caramel tu ada resepi nyer tak??
best nyer..!!! Tue 12-Jun-2007 09:56
Posted by:leen mf_leen@yahoo.com




PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan A
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
1 s/k esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 s/b gula
3 biji telur A
4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu

Cara
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3.Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
7. Sejukkan dan terballikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.


CELOTEH KAK LIZA...

Quote:
1. MamaFaMi ~~ mmg sedap... kerim berlemak...
2. cik_bawang ~~ boleh...boleh..nak banyak pung boleh...tapi lepas makan kena lari 3 x padang bola...
3. KakAyu-Anggun Kreatif ~~ taklah pandai sangat sekadar sedap makan jer..
4. Hajar ~~ kebetulan mmg kakliza suka gak bab melapis ni even pulut kuning pun kakliza lapiskan...
5. chendana ~~ mmg lah mula gitu..lama-lama expertla...
6. unnamed ~~ TQ too sebab sudi menjenguk fp kakliza..
7. deknaz ~~ memang sedap..tapi kakliza kurang sikit...
8. cendawan ~~ wauuu tergodaaaaa....
9. mamazieza ~~ sib baik bukan pak belang atau kuda belang..tapi kan mama..tak pahit la...lemak jer..almaklum la 2 tin susu cair..
10. rozzan ~~ mmg sedap tapi kkliza kurang suka sbb lemak sangat...
11. ummizahin&najwa amira_hayati@yahoo.com ~~ boleh beli kat kedai buku..atau PM kakliza alamat so kakliza boleh poskan..
12. mf_leen@yahoo.com ~~ ya..mmg tak gunakan agar-agar...
13. ainaz_5129 ~~ panaskan gula dalam kuali dengan api yg paling kecil sehingga gula itu cair..pastu masukkan dalam loyang.. dan masukkan adunan..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net