Want your
own Fotopage?








 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Jun-2007 11:47 Email | Share | Bookmark
Belimbing Buloh

kerabu belimbing



Quote:
Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Air belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Untuk menyembuhkan batuk, daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing




kakliza suka bertanam..bunga ker pokok ker...tak kisahlaaaa...
oleh kerana teruja dengan pokok belimbing jiran semasa tinggal di Dungun kakliza pun semai pokok belimbing dalam pasu kira2 20 tahn lalu..
apabila kakliza pindah ke Kerteh..ingatkan pokok belimbing tu mati sebab akarnya tercabut..masa tu umurnya lebih kurang 6 tahun dalam pasu..
rupanya panjang umurnya dan bila kakliza alih ke tanah..dia bercambah.membesar dan berbuah tanpa henti sampaikan semua orang lalu akan geram dengan buah2 yg bergayutan disitu..
tapi yg herannya..monyet liar yg sekali sekala datang bertandang kerumah kakliza tak pun amik makan..
sebaliknya dia makan buah pelam kakliza tu..
kakliza x marah monyet tu nak makan buah pelam tu tapi selalunya dia agak suka khianat kat buah tu..
dia makan atau gigit sikit..pastu dia lempar buah tu ke halaman umah kakliza..
sayang tenguk buah yg dah di gigit tu..kadang kala..buah tu besar pulak ...
pernah sekali kakliza cakap pada monyet tu..janganlah makan dan buang..tunggulah buah masak baru petik..
kita bukan marah kalau nak makan pun...cuma jangan makan sikit pastu buang kat tanah...
terkebil-kebil jer dia tenguk kakliza dan pastu kuranglah dia memetik buah pelam yg muda..
kiranya dia pahamlah jugak maksud kakliza kannnnn...

anyway berbalik pada citer buah belimbing tu.. kakliza selalu kasi pada orang kat Pasar Tani untuk jual..
kadang kala sengaja kakliza petik banyak2 sampaikan 7..8 kg..dan bawa ke surau..
sapa nak masak buah belimbing amikla...sebab letak pelastik sekali dalam bakul kat depan pintu surau tu...




jom kita cuba buat kerabu....




KERABU BELIMBING BULUH

Bahan A [Hiris]

5 biji belimbing buloh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar

Bahan C [tumbuk]
5 biji cili merah
1 s/b lada hitam
belacan

Bahan C
1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
garam
gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dan gaulkan rata.
2. Rasakan garam dan gulanya.
3. Hidangkan.




AIR ASAM BELIMBING

Bahan

5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
1 s/k belacan
garam
buah belimbing [hiriskan]

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali belimbing dal blender dan mesin kasar.
2. Masukkan buah belimbing .
3. Hidangkan dengan sayuran ulam.




Quote:
kakliza will b away for a week due to ada shooting majallah dan TV di KL..wish me luck..supaya jangan dok gabra sokmo..



Quote:
1. zana/ros ~~ Alhamdulillah..mmg meriah sungguh buah tu..sampai yg jatuh berguguran akan bertunas di bawah pokok tu macam taugeh..
2. mamazieza ~~ mmg berkat pokok ni sebab macam2 dah kakliza buat..even daun belimbing tu orang gunakan untuk buat mandian baby yg kena kuning masa lahir..
3. Penyulawa ~~ macam2 gulai ciliapi dah diujimasak [macam ujipandu plak... ] semua mmg bikin makan nasi bertambah2...
4. lee ~~ TQ...buah beimbing ni rasa sangat masam kalau makan mentah/segar gitu tapi kalau masak gulai..fuhhhh..mmg sedap...nak pulak makan ramai2..mmg laju jer...
5. Nita ~~ bagi kita yg dewasa ni mmg rasa masam..tapi kanak2 selamber jer depa makan..tapi buah yg kecil2 tu la...khasiatnya ..buah dibuat jus daunnya pula direndamkan air panas boleh menurunkan kadar darh tinggi..juga daunnya boleh diramaskan untuk meredakan suhu demam panas..refer.. http://www.geocities.com/ex_height/herb11.html
6. << jeff >> ~~ kakliza bukan buat gulai jer..sambal tumis..asam pedas..asam rebus pun biasa buat..mmg sedap..
7. lynnhassan ~~ kalau u all dekat ngan kkliza mmg kakliza boleh supply buah ni untuk masakan..
8. kamariah ~~ sayang sekali kita berjauhan..kalau tak..petik jer..
9. Edoras ~~ mmglah kat kampung selalu orang suka tanam..ada banyak tanah ...
10. iNaa ~~ boleh saja..tapi by the time sampai buah pun kurang segar..
11. MUZA ~~ hehehhee...kita buat masakan pengantin nak tak...
12. Sayasha ~~ sayang sekali jatuh berguguran..mmmg buah ni sesuai untuk masak gulai..
13. o3 phOTOgraphy ~~ kak liza pun rindu masakan makkkk....






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net