;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Jun-2007 13:27 Email | Share | Bookmark
Nasi Goreng Tomyam

 
pada 14 Julai ni kkliza dikehendaki membuat demo masakan untuk majlis di Perpustakaan Kerteh..
Majlis akan dirasmikan oleh Wakil Rakyat kawasan Parlimen Kemasik YB Dato' Bakar..
kakliza telah diminta guidekan dia memasak dalam upacara merasmikan majlis tu nanti...
so untuk memudahkan mengajar Dato masak..kakliza cadang suruh dia masak Nasi Goreng Tomyam yg mana kkliza akan sediakan semua bahan secukupnya dan Dato hanya tumis dan kacau jer..

selain dari itu kkliza kan buat demo masakan...
Ikan Bakar dan AIr Asam
Kerabu Mangga Muda [sudah tentulah kkliza korbankan buah mangga pokok kakliza tu]
Puding Marble Sos Koktel
Salad Buah-buahan

Nasi goreng tu kkliza akan masak dari rumah sikit untuk dijamu pada tetamu yg hadir..
ini kerana kakliza hanya akan sediakan bahan untuk 2 orang makan yg akan dimasak oleh YB tu..so sudah tentu tak cukup nak bagi tetamu rasa..


so utnuk make sure resepi tu sedap kakliza persembahkan sini..




NASI GORENG TOMYAM

Bahan

2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.


CELOTEH KAK LIZA...

Quote:
1. sal,taman aman ~~ alamak..air soya ni kkliza pernah buat tapi gunakan mesin yg macam redemp dalam COSWAY tu..tapi kkliza beli bukan dengan COSWAY masa tu.. le ni kkliza beliiiii jer air soya..malas basuh alat2 tu..tak brbaloi la pulak.... kkliza beli 1 Liter soya YOES then campurkan ngan ais ketui dan air 1 Liter lagi.. so taklah manis giler... jimat masa ..
2. miss lia ~~ jomlah cuba buat senang tapi sedappp..
3. Sabrina ~~ ala Sab..resepi dah ada..try buat so sempoi...macam 1..2..3.. jer..
4. rani ~~ nyummm..nyummm...
5. Anis ~~ Waalaikumusalam..kakliza izinkan gunakan resepi tu untuk jualan..don wori tak minta rolati punya... kak liza gunakan acuan dikenali ngan nama acuan NESTAR..dibuat dari besi aluminium jer..regenya dalam RM10 ..ada di jual kat kedai jual abhan kek/biskut saperti BAGUS atay Bake With Yen kat cokit tu..
6. mummy_danishhaikal ~~ silakan cuba dan report sini nanti yer..
kliza..wpun sy tak leh nmpk gmbr apa yg dorang dok ckp sedapppp tu..tapi nak komen gaks
7. LindaZA ~~ TQ Linda..semoga kita sama-sama maju dalam bidang kita..
8. chendana ayu_cendana@yahoo.com ~~ Alhamdulillah rezeki jgn ditolak..
9. lynnhassan ~~ ooo senang lah kalau nak makan.just order jela...
10. maklang maklang_06@yahoo.com ~~ Alhamdulillah..maklang pun makin ligat juga..
11. Sayasha mekshap@yahoo.com ~~ TQ...nak ganti chef wan..alamak takut la..belum setaraf dia lagi la...
12. Harni Safarina ~~ kalau nak gunakan pes tomuam..boleh saja..cuma masa tumis tu kurang aroma aslinya..tapi untuk isteri yg bekerja..mmg sesuai la...
13. umeboshi r_patina@yahoo.com ~~ Terimakasih..
14. mama4sya ~~ alahai bukan ajar betui2..acah-acah jer tu...
15.Aefy_Laily ~~ tq...
16. danialcollection ~~ tq..
17. boxhousestudio ~~ TQ..
18. genny ~~ semoga YB suami tu akan seronok bila YB Darling masakkan untuknya..
19. kay azakay2002@yahoo.com ~~ waalaikumusalam..cubalah buat..
20. mamahouse ~~ kakliza panggil nasi goreng tomyam sebab bahan asasnya macam nak buat tomyam..kalau masukkan daun limau purut takut nanti pahit pulak..tapi kkliza gunakan daun ketumbar ..mmg ada bau tomyam..
21. kamsiah binti omar ~~ W'salam...Terimakasih..kalau nak cepat boleh jer gunakan pes tomyam..beres..tapi kureng aroma sikit laa..
22. nonie nonie_1977@yahoo.com.my ~~ dah ada resepi ni boleh la buat percubaan masak...
23. mama adam mukhriz ~~ InsyaAllah akan kkliza war-warkandi FP ni nanti..
24. MaDiHa ~~kakliza suka nasi goreng wangi dan pedas.. masih banyak ekkurangan lagi rasanya tak layak dipanggil gitu..masak untuk YB suami dan anakda jer..
25. Rfah ~~ hehhehe..jom makan..
26. MamaFaMi ~~ kalau emergency..nak cepat boleh jer..pejam mata jerla masa makan...
27. mommy_d&d ~~ We're so hepi for U..n TQ juga for the koala bears..InsyaAllah akan jumpa dan kacau U lagi...
28. mami ~~ boleh saja..tapi kalau nak tahu kewangian bau masa masak..kena tumbuk sambal/sos tomyam sendiri..
29. Butik-MyDreams butik_mydreams@yahoo.com ~~ TQ..
30. mamazieza ~~mmg sentiasa ingat... cantik sekali ucapan pagi tadi..buatkan kakliza sentiasa tersenyum sepanjang hari...motivasi awet muda..
31. era ~~ kkliza seronok adik2 curik idea masak kkliza..at least ada pelapis yg nak mencuba masakan kkliza.. ..kalau nak jumpa boleh saja..nanti kita date yer...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net