;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Jul-2007 17:31 Email | Share | Bookmark
Percubaan Masak untuk Camping

Bread-Crumb Chicken Rolls
Bread-Crumb Chicken Rolls
Puding Roti Marble
Puding Roti Marble - dah dipotong
SMK Rantau Petronas Kerteh akan mengadakan annual camping pada 4-5 Julai 2007 ni..
aseorang kawan kkliza disini mempunyai anak yg akan menyertai event ni..
mereka ada pertandingan masak..dikehendaki membuat 3 resepi daripada ROTI..
so kakliza sukarela membantu menunjuk-ajar memasak..
biasalah anak dara sekitar umur 15 -16 tahun ni kerja amat lemah lembut gemalai...
bagaikan puteri santubung...

kakliza menunjuk-ajar mereka membuat...





PUDING ROTI MARLBE

Bahan A

10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko + 4 s/b air

Cara
1. Masukkan bahan A dalam periuk dan masakkan shingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Bancuhkan serbuk kok dan air dan masukkan dalam salah satu bahagian.
7. Masakkan semula bahagian yg dicampurkan dengan serbuk kok sehingga masak [berbunyi dan nampak blup..blup gitu]. Tutup api.
8. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan kok berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.





BREAD-CRUMB CHICKEN ROLLS

Bahan A

1 cawan isi ayam [cincang kecil]
1/2 cawan carrot [cincang halus]
10 tangkai kacang buncis [potong kecil]
1 s/m lada hitam
2 tangkai cili merah [cincang]
1 s/k tepung jagung + 3 s/b air
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang]
garam
minyak

Bahan B
roti
telur
bread-crumb
minyak untuk deep fry

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan carrot. Massakn sehingga lembut.
3. Masukkan kacang buncis, cili, lada hitam dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata sehingga pekat.
5. Tutup api dan angkat masukkan dalam pinggan.
6. Roti di presskan dengan rolling pin [penggelek
7. Masukkan bahan isi ayam dan gulung.
8. Celupkan dalam telur yg telah dipukul.
9. Golekkan dalam bread-crum dan goreng perlahan sehingga garing.
10. Angkat dna toskan minyak.
11. Hidangkan dengan sos cili.




PIZZA ROTI

Bahan Base

10 keping roti [koyakkan] }
2 cawan air } rendamkan
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
garam

Bahan Inti Pizza
1 cawan daging lembu kisar atau isi ayam cincang
1 biji tomato buah [potong dadu]
1/2 cawan carrot [potong dadu]
10 tangkai kacang buncis [potong dadu]
1 biji cili kapsikum hijau [potong dadu]
3 tangkai cili merah [hiriskan]
1 labu bawang besar [potong dadu]
3 s/b sos tomato
3 s/b cili sos
1 s/b lada hitam [kisar/tumbuk]
garam
minyak

keju mozarella
daun aregano kering

Cara
1. Gaul rata semua bahan Base untuk pizza.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu.
3. Masukkan daging atau ayam dan carrot. Kacau rata dan biarkan sehingga masak/lembut.
3. Masukkan semua bahan inti pizza dan kacau rata. Rasakan garamnya.
4. Panaskan non-stik pan dan masukkan adunan base saperti masak lempeng.
5. Bila nampak masak terbalikkan base.
6. Letakkan inti pizza atas base yg sedang dimasak dan taburkan keju mozarella dan aregano.
7. Bila nampak keju mulai cair boleh tutup api.
8. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
9. Potong dan hidangkan

Nota:
Oleh kerana hari kakliza nak ajar tu keju mozarella tak ada dikedai/suppermarket di Kerteh..
so pizza roti tu nampak kurang menarik.

CELOTEH KAK LIZA....

Quote:
1. Real Scifi realscifi@yahoo.com.my ~~
2. Rfah ~~ betul ker..
3. MUZA ~~ aceli kkliza pun nak buat puding tu sebagai trial edition untuk majlis kat perpustakaan nanti..
4. mommy_d&d ~~ betui la..mmg tokleh berenggang ngan YB Tenet ni walapun untuk sehari...rindu jer rasanyaaa.. have a good trip to KB..
5. ct ~~ alamak..rolling pin tu kayu penggelek yg digunakan untuk meratakan doh buat biskut..
6. mummy_danishhaikal ~~ kkliza mula masak at 10 tahun..mmg kakliza anak sulong dan dibesarkan dalam keluarga catering..
7. mami ~~ jommasakkk...
8. Ouled Kenitra ~~
9. MamaFaMi ~~ alamak..terlupa laaa.. ..nanti kaliza tambah...tunggu yer..
10. era eranimn@yahoo.com ~~ betui tu..ok..emel on de way 2 U..
11. zana @ ros ~~ sayang sekali kkliza x dapat tenguk depa masak sbb masa pertandingan masak tu kakliza terpaksa drivekan anak dara kkliza daftar kat kolej dia di KT..
12. Sabrina ~~ pasni bolehla Sab cuba buat pulak..pastu jgn lupa pass sikit pada kkliza ..
13. lina linamad8@yahoo.com ~~ InsyaAllah akan kkliza buat nanti..tapi kalau kkliza trlupa..please remind kakliza lagi yer..
14. anida rahsia67@yahoo.com.my ~~ alamak.. ..kueh2 tu kakliza pun tak buat la..dulu masa jaman belum brtenet ada gak buat tapi masa raya jer..le ni main beli jer la...
15. boxhousestudio ~~ mana ada bergaya ..nanti satu ari bolehla rasa...
16. Ti ~~ kakliza duduk kat Kampung Baru Kerteh..
17. mami ~~ boleh gantikan ngan susu segar..no hal...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net