;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Jul-2007 13:17 Email | Share | Bookmark
Nasi Minyak

Ayam KacangPeas
Salad
nasi minyak
set nasi minyak


tak lama dulu kawan kakliza Zai [Zakiah] ajar masak nasi minyak paling senang..
so arini kakliza pun buat demo...tapi kat anak2 jer la...
tapi hanya 2 anak jer ada kat umah so kakliza masak ayam dan sediakan daun salad jer..kes mahlas melanda..







NASI MINYAK
[untuk 6 orang makan]

Bahan A
500 gm beras bathmati [basuh dan toskan]
500 ml air
1/2 cawan susu cair
3 s/b minyak sapi
1/2 kiub ayam + 1/2 cawan air atau 1/2 cawan stok ayam
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit carrot [potong dadu kecil]

garam

Bahan B
daun ketumbar hiris sedikit warna kuning dan biarkan se
pewarna kuning

Cara
1. Masukkan semua bahan A kecuali beras dalam periuk rice-cooker dan masakkan sehingga mendideh.
2. Bila mendideh masukkan beras dan kacau rata.
3. Alihkan periuk dalam tempat rice-cooker dan masak saperti nasi biasa.
4. Bila telah masak, masukkan warna kuning dan taburkan daun ketumbar. Biarkan sekejap.
5. Hidangkan.





AYAM KACANG PEAS

Bahan-Bahan:

1 tin kacang peas atau kacang peas frozen
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili merah [hiriskan)
1 biji buah tomato [belah 4]
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak .
2. Tumis bawang putih & halia.
3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
4. Masukkan tomato sos.
5. Masukkan kacang peas, buah tomato, cili merah dan bawang besar. Gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama nasi atau roti.


CELOTEH KAK LIZA....

Quote:
1. Jie jie ~~ kakliza ni mmg suka masak yg sempoi..males nak buat yg susah2...
2. Jie jie ~~ nanti kkliza akan jawab tag tu.. tungguuuuuu...dok fikir nak tulis panajng ker...pendek kerrr...
3. kamariah kamarudin ~~ nampaknya kena masakla..baru boleh makan...
4. MUZA ~~ hahhaha..itu dah jadi macam hobi..malas..masak sempoi..rajin..masak best giler..
5. mami - mamiyati.fotopages.com ~~ agaknya mamai belum makan lagi kot masa tulis tu...
6. era eranimn@yahoo.com ~~ tq..tq..
7. lynn ~~ bolehhh..nanti kakliza boleh suruh potong..basuh itu dan ini..
8. rani ~~ hehhehe..lauk sempoi jer tu...kakliza buat water mark tu gunakan program Photo Impact..
9. masihjelita ~~ alahai..dekat jer tu...jom Sabtu ni p Perpustakaan Kerteh..kakliza buat demo masakan untuk public..boleh rasa kakliza masak...
10. boxhousestudio ~~ jgn lupa bikin report nanti...
11. mamasya ~~ jomlah masakkkk..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net