;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Jul-2007 21:26 Email | Share | Bookmark
Mee Sizzling

 
arini masa kakliza berchatting dengan seorang lady dari Sarawak dia teringin nak buat Mee Sizzling..
so kebetulan kakliza pun ada bahan2 yg secukupnya untuk buat masakan ini sebagai dinner..




MEE SIZZLING

Bahan-Bahan:

500 gm mee kuning (dicelur)
100 gm daging ayam (dipotong kecil-kecil)
100 gm udang [buang kulit]
1 s/b lada hitam (tumbuk)
3 cm halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk])
300 gm sawi(dipotong)
100 gm kobis [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil
4 s/b cili sos
5 s/b kicap manis
5 s/b sos tiram
2 cawan air
1 s/b tepung jagung
2 biji telur
Minyak secukupnya untuk menumis
cili merah atau ciliapi = bawang putih [tumbuk]
limau kasturi atau limau nipis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
3. Masukkan air, sos tiram, kicap dan cili sos. Biarkan mendideh.
4. Masukkan kobis dan carrot.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sawi.
6. Bila mendideh masukkan telur.
7. Biarkan masak tuangkan atas mee yang telah dicelur.
8. Hidangkan dengan cili merah atau ciliapi tumbuk + bawang putih dan jus limau.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net