;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Jul-2007 11:14 Email | Share | Bookmark
Stew Tulang

stew tulang
baru-baru ni ada sesaorang meminta kakliza sediakan resepi yg boleh dibuat dalam slow-cooker..
so kakliza pun buat.....




STEW TULANG

Bahan

700 gm tulang rusuk [basuhkan dan toskan
400 gm kentang [potong dadu]
1 batang carrot [potong dadu]
2 batang celery [potong pendek]
5 biji buah tomato [potong dadu]
10 biji cendawan butang [belah 4]
1 bungkus/bunjut rempah sup tulang
1 labu bawang besar
3 cm halia mayang
3 ulas bawang putih
1 s/b lada hitam
garam
air secukupnya

daun sup [racik]

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam slow-cooker dan setkan low. Air sama paras dengan bahan.
2. Masakkan selama 4 -5 jam.
3. Bila tulang/daging dah lembut lecekkan separuh kentang supaya kuah pekat..
4. Taburkan daun sup.
5. Hidangkan dengan roti biasa atau roti arab.


CELOTEH KAK LIZA...

Quote:
1. boxhousestudio ~~ kakliza beli gunakan tukaran kupon COSWAY jenama EMPRESS..siap ada garenti 1 tahun..ada 3 unit sebab 1 tu mmg guankan utnuk masak seharian..yg 2 tu guankan sebagai food warmer kalau ada majlis saperti open house kat umah..
2. Penyulawa ~~ kakliza pun mmg terpaksa mengurangkan masakan daging dan tulang/organ dalaman sbb asben kkliza ada kalestrol tinggi..bising kalau masak selalu..ni kes teramat teringin laaa..dah lamaaaaaa betui tak masak sendiri..
3. Sabrina ~~ tak per..nanti boleh la beli kemudian sikit..
4. kay azakay2002@yahoo.com ~~ waalaikumusalam..kkliza masak setiap hari..kecuali sakit/tak sihat..so dari situ macam2 gaya amsakan dah buat selama berpuluh tahun...try ur best..jgn putus asa..
5. mami - mamiyati.fotopages.com ~~ kkaliza rasa tak sama sebab sup cair sikit manakala stew ni pekat kerana kentang lenyek..
6. zana ~~ hehehhe..balik kerja nanti bolehla buat gini..
7. nadiasyima nadiasyima77@hotmail.com ~~ waalaikumusalam..kkliza pun x pandai sanat la..tapi selama ni kkliza gunakan resepi >http://hanieliza.fotopages.com/?entry=114190]CUPCAKE ICING jangan cepat putus asa..
8. alam ~~ your most welcome...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net