;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Jul-2007 01:36 Email | Share | Bookmark
Serimuka Durian

 


SERIMUKA DURIAN

Bahan Lapisan Bawah

2 cawan pulut
2 cawan santan cair + sikit garam

Caranya
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan gula perang [brown sugar]
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir [jika perlu]
1 s/k garam

Caranya
1. Masukkan santan, gula dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar kedalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan atas dalam kuali non-stik [jika ada] sehingga naik wap.
6. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betui2 [dalam 4 -5 jam] baru dipotong dan hidangkan.



CELOTEH KAKLIZA...

Quote:
1. cik_bawang ~~ boleh..boleh sajaaa..
2. MaDiHa ~~ hehehhe..
3. Ouled Kenitra ~~ TQ..
4. boxhousestudio ~~ sib baik goda perut saja...
5. liza meknis_reena@yahoo.com ~~ jommm..jomm cuba..jangan tak cubaaa..
6. cak ~~ akan ku tunggu dgn penuh kesabaran..
7. mamasya ~~ kalau sapa yg suka doyan mmg syukkk..
8. yah ~~ sure..sureee..
9. kamariah kamarudin ~~ oh yeker...
10. MUZA ~~ setakat ni kkliza belum cuba buat kek durian ..kueh lapis durian dan jejemput akan menyusul nanti..
11. chendana ~~ kalau nak rasa..kena janji dulu sbb bukan selalu buatkueh ni..
12. ina mat anah sz_ina@yahoo.com ~~ hehehe...betui ker...cam tak caya jer..
13. Butik-MyDreams... butik_mydreams@yahoo.com ~~ satu hari nanti pandai la tu..don wori...
14. seha easy2ct2000@yahoo.com ~~ fuhh..mahai benar tu...kena baik mesia lah baru makan..semntara waktu kena posa doyan laaa..








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net