;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Aug-2007 13:07 Email | Share | Bookmark
Mee Ladna sempoi

 


MEE LADNA

Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning [500 gram]
200 gm isi ayam [dipotong]
1 keping fishcake [potong nipis]
10 biji bebola ikan [belah 2]
100 gm carrot [hiris kecil]
100 gm kobis
100 gm sawi
1 biji tomato buah [belah 6]
1 s/k lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
sos tiram
Minyak masak
2 ulas bawang putih ]
2 ulas bawang merah ] cincang
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam,fish cake dan bebola ikan.
3. Masukkan air, sos tiram, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendideh masukkan telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dah masin]
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.




CELOTEH KAKLIZA..

Quote:
1. ida isk ~~ jom makan sama...
2. mamazieza ~~ sempoi sebab masak bahan yg ada dalam petisejuk jer..
3. marlin ~~ a'ah...gambar kecil tu gambar kakliza..tapi tak pakai spek..aceli kkliza pakai spek..rabun jauh dan le ni dah rabun dekat due to dah tua.. ..resepi radna mee krob kak liza x pernah dengar..makan pun x pernah kot..so sorila..mmg tak tahu resepinya..
4. mamasya ~~ betui ker ni..
5. inaa ~~ kakliza rasa boleh saja la..
6. cik_bawang ~~ rajinnya cik bawang..buat menantu boleh tak?.hahhahaha...
7. sara ~~ TQ..
8. Sabrina ~~ kakliza rasa sama jer..cuma kalau hailan selalunya kkliza buh kicap pekat..kasi hitam legam...kakakkak...
9. mama adam mukhriz ~~ nampak meriah sebab ada warna -warni dalam mee tu..so anak2 akan tertarik..
10. yanie17 ~~ len kali tenguk fp kakliza ni lepas makan tauww..baru tak bunyi perut..
11. prima-donna ~~ bagi kakliza mee ni cukup senang..sempoi sangat..tapi selalunya mmg sekali masak tu abis laaa..
12. MUZA ~~ hahhahaa..kalau pandang kiri kanan..nanti tersedak...
13. RosLeenda ~~ waalaikumusalam...ooo gitu ceritanya...
14. kent ~~ w'salam..alhamdulillah semuanya menjadik...
15. MAMA ~~ TQ..
16. Misliha ~~ alahai Mis pun apa kurangnya..buat kek sampai leleh air liur kakliza yg jauh berkilometer ni haaa..dapat tak sms kakliza...








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net