;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Aug-2007 23:23 Email | Share | Bookmark
Ayam Goreng Lada Hitam

 


AYAM GORENG LADA HITAM

Bahan

300 gm isi ayam [potong nipis]
1 s/k lada hitam
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang kacang panjang [potong pendek]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, kacau sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, dan lada hitam kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, kacang panjang dan garam . Kacau rata dan biarkan sehingga lembut. Tambah sedikit air.
4. Tutup api dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.




CELOTEH KAKLIZA..

Quote:
1. masihjelita ~~
2. Sayasha ~~ TQ..
3. Lini ~~ ye ker.. kena banyak praktis la tu.
4. sabrina ~~ kakliza pulak takleh elak dari makan sayur..macam kambing jer..
5. zhana ~~ TQ...
6. Penyulawa ~~ jom buat lauk sempoi ni..
7. zuera ~~ mmg kakliza kenal ngan Tie tu..selalu bawa makanan kalau akak p library sini.. what a small world..
8. Nur ~~ kaklzia gunakan magic shredder..hujung tu ada blade zig-zag untuk potong carrot..timun...
9. RosLeenda ~~ waalaikumusalam..kkliza mmg suka lauk pauk yg sempoi gini..cepat dimasak dan sedap dimakan ...sonang kerja mak beruang..
10. mOk nDa marre8892 ~~ Waalaikumusalam..hehehhe..tapi aceli kak liza pakai spek..one fine day nanti kkliza akan letak gambar kakliza yer..
11. aty hanifatyha ~~ sapa cakap kkliza x kering ideas..ada juga masa yg kantoi..
kak liza tau tak..,
12. mama_aimi ~~ masa kkliza bada komen ni..mmg gelak besar la..sebab pokok ni orang tak tanam depan umah.. selalunya kat umah yg halaman besar.. so gud luck..nanti boleh kasi kkliza buah tu sikit..
13. MUZA ~~ ooo..yer kerrrr..
14. na ~~ marvelo tu macam shortening juga..warna putih..sebab dia lemak sayur kot..fresh cream dan whipping cream tu mmg nampak sama macam susu tapi kkliza rasa ia adalah berbeza sebab fresh cream akan jadi gebu bila dipukul..tapi whipping cream selalunya kkliza nampak digunakan dalam pembuatan kek keju..
15. umi-kal kaynasution ~~ hehehe..








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net