;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 10-Aug-2007 13:14 Email | Share | Bookmark
Shooting Jelita lagi....

 
kakliza ada shooting untuk Jelita lagi...
tapi kali ni kena sediakan masakan Terengganu...
1. Nasi Dagang
2. Laksa Terengganu [Laksa Kuah Merah]
3. Rojak Terengganu
4. Tumis Laksa [Mee Calong]..rasanya kkliza terlupa amik gambar..
5. Ketupat Sotong
6. Wajik

dan juga masakan vegetarian..
1. Masak Lemak Cendawan dan Tahu
2. Sambal Goreng Tahu dan Tempe
3. Kerabu Epal
4. Jelatah [Kerabu Nenas]
5. Sizzling Toufu
6. Jejemput Sayur [kak liza kena tembak minyak panas masa masak jejemput ni.. ]

Jelita juga nak shooting hasil tangan kawan kak liza [ kak Nonie] yg tinggal di Setiawangsa tu kerana dia juga pakar membuat cookies dan kek ..
kira bab baking laaa... :loveliness:
so dia juga kena sediakan 10 jenis baking [cookies dan kek]

oleh kerana cahaya dalam rumah kak Nonie agak suram, penyelaras Jelita dan cameraman cadang nak amik diluar rumah..
memandangkan rumah kak Nonie tingkat 1..kami terpaksa membawa turun masakan2 dan cookies juga kek ke taman berhampiran..
jenuh jugalah mengusung segala hidangan tu..mujur ada Shida dan juga Emma yang sudi membantu..tapi memang penat juga la...:shakehead3:

oleh kerana penat turun naik rumah ke taman tu kakliza terlupa nak amik gambar..
dah hampr nak abis sessi fotografi baru teringat tapi mood nak amik gambar tu dah mmg hampir zero..;P
bayangkankan kakliza bertolak Rabu malam dan sampai subuh Khamis..[ari Rabu tu memngemas dan packing barang nak bawak dah sekian penat]
Khamis tu dah sekian bab membeli barangan yg tak cukup dan malam tu dah siap masak sikit2 apa yg patut..
then Jumaat pagi selepas jer sarapan terus berkungfu kat dapur untuk menyiapkan banyak jenis masakan untuk shooting jam 2.30 petang [lepas solat Jumaat]
mujur ada Emma yg sudi membantu..
kak liza ada menjemput beberapa orang teman yg sudi/ingin berjumpa kakliza so kakliza memang masak Nasi Dagang tu lebih sikit laa..

sorila kakliza hanya dapat tunjukkan beberapa saja masakan yg sempat kakliza amik ..
InsyaAllah akan kkliza buat semula resepi2 ini dan tuliskan dalam fp untuk tatapan adik2 sekelian...












CELOTEH KAKLIZA...

Quote:
1. liana liana85adiniel ~~ TQ..mudahan akan jadi kenyataan satu hari nanti..
2. inaa ~~ tak per..mula-mula mmg tak tahu..lama-lama akan tahu la nanti...
3. mamasya ~~ TQ..kakliza suka laksa terengganu sebab senang nak dapatkan laksanya dn juga wangi kuah tu yg mengancam...
4. Sal ~~ TQ.alahai..baru nak mula jer..
5. MamaFaMi ~~ boleh apa salahnya ..nanti kakliza set g shooting kat umah Mama yer..
6. mamahouse mammahouse ~~ mulanya mmg cam x mau buat tapi nanti bila terliur tenguk gambo baru terasa nak buat pulak..cayalaaa...
7. cik_bawang ~~ kalau nak Jelita tu boleh kkliza tolong carikan..simpan jer..n TQ sbb trying out resepi pizza kkkliza tu..
8. z ~~ as Sue Rahim wrote..ikan aye tu boleh cuba cari "spanish mackerel" untu buat gulai nasi dagang ..ada beberapa resepi lain sudahpun kkliza tuliskan..
9. Sue Rahim ~~ TQ..n TQ again sebb tolong berikan nama ikan aye tu ...
10. Sabrina ~~ TQ kerana offer rumah tu.. kakliza dah tuliskan resepi ketupat sotong..
11. masihjelita ~~ wah...senang lah gitu..Jelita datang kerumah...
12. MaDiHa ~~ wau..maybe MaDiHa tak perasan kot masakan ini...kkliza ni semua orang ajar akan kkliza praktiskan..
13. apple comel2012 ~~ salamm..nampaknya kena praktis masak masakan terengganu ni..sebb kena amik hati suami dan mertua...
14. Shida Aziz ~~ a'ah la penat sekalis ehingga x der mood nak posing itu masakan sayuran..
15. zanaz70 ~~ hahaha bab berkungfu kat dapur tu mmg takleh elakla..tapi bab superwoman tu belum taraf lagi laa....
16. nora ednore9979 ~~ terimakasih...
17. Haniss ~~ kalau dapat datang masa majlis tu lagi kkliza seronok...
18. mommy_d&d ~~ yg masakan terengganu tu akan kuar Jelita Oktober kot..n masakan vegetarian tu maybe later sikit kot..
19. Ibu danish mannira ~~ bukan x mo ajak dalam fp tapi takut gak sebb kkliza tumpang masak kat umah kak Nonie tu..apartment pulak tu...so seganlah nak panggil ramai2 nanti..
20. An ~~ suka wajik yer..cuba tenguk resepi kat index tepi kiri fp kkliza ni..
21. puan ros ~~ boleh juga sediakan gitu tapi kena pandai agak2 la... kalau nak rasa masakan kkliza cubalah buat resepi kkliza..
22. leen ~~ TQ...sudahpun kkliza uliskan..semoga berjaya membuat nasi dagang tu..
23. aty hanifatyha ~~ TQ..kalau nak minta kkliza tolong buatkan..datanglah ke Kerteh...





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net