;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Aug-2007 14:47 Email | Share | Bookmark
Ketupat Sotong

 


KETUPAT SOTONG

Bahan-bahannya:

1 kg sotong
400 gm beras pulut [dikukuskan dgn 400 gm santan cair]
5 cm halia(dimayang)
3 biji bawang merah(dimayang)
15 gm halba
500 ml santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci
Gula & garam(secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Sotong dibasuh sehingga bersih.
2. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh dan direndam. Kukuskan separuh masak.
3. Kemudian beras pulut dimasukkan kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
4. Tutup ruang terbuka badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi supaya beras pulut tidak terkeluar.
5. Selepas itu rebus sotong tersebut dengan santan sehingga masak dengan api sederhana.
6. Masukkan halia, bawang, halba, gula & garam.
7. Masakkan ia sehingga mendidih dan agak pekat.


CELOTEH KAK LIZA...

Quote:
1. mamasya ~~ aceli ketupat sotong ni pemes masa bulan posa ..dan masa musim orang candat [tangkap]sotong..
2. MaDiHa ~~ kakliza buat tak taruh banyak gula... hanya secubit jer..so rasa lemak dan pulut yg lebih...cuba buat..seronok...
3. MaMa FaRiS ::. ~~ betui tu..kkliza buat more tu lemak dan rasa ketupat pulut tu..kalau gunakan sotong besar takut liat pulak..
4. rozzan ~~ cubalah buat..kkliza x berani nak komen..nanti orang kata perasan pulak..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net