Want your
own Fotopage?
































 
;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 18-Aug-2007 18:14 Email | Share | Bookmark
Ayam Masak Serai dan Tumis Sawi

Ayam Serai
Tumis Sawi
kakliza begitu teruja ngan masakan Ayam Masak Serai masakan Maklang so kkliza pun menjalankan operasi mencuba ...
nampaknya sangat rengkas dan mudah..
memang kesukaan kakliza kalau bab masak yg sempoi..rengkas dan sedap ni...
bagi kakliza memang tak rugi mencubanya...

terimakasih maklang Lina kerana sudi berkongsi resepi yg sedap dan rengkas ni...


kakliza just copy dari FP Maklang [teratak maklang]..



Quote:
AYAM MASAK SERAI

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.


NOTA
Kak liza tambahkan kacang peas sebab ada belen lebih masak ayam beberapa ari lalu....




TUMIS SAWI

Bahan

300 g sawi hijau
50 gm kobis
1 tangkai cili merah ]
2 ulas bawang merah ] hiriskan
1 ulas bawang putih ]
1 s/b udang kering [ramaskan]
minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dan udang kering sehingga wangi.
2. Masukkan sawi, kobis, cili dan garam. Kacau rata.
3. Bila telah layu tutup api dan hidangkan.


CELOTEH KAKLIZA....
Quote:
1. Sabrina ~~ tak rugi cuba..mmg mervelos..
2. yanie17 tweessy_17 ~~ cuba jgan tak cubaa..
3. unnamed ~~ dah masak minyak2 tu bila digandingkan ngan sup..tumis air rasa okla..
4. mamasya ~~ syedapppp...
5. kamariah kamarudin ~~ amat setuju...
6. Syahani ~~ kakliza biasa gak buat blend serai dalam bahan cili & bawang tapi nak juga rasa originaliti masakan Maklang ni..so nanti lenkali baru leh edit..modified according our taste..gitulah cara nak rasa ori masakan orang lain yg kita cuba..

Ehhh Kak Liza dah cuba erk ayam masak serai ni? Sab pun dah plan nak cuba. Nampak ringkas kan? Sab suka.. yang pasti mesti rasanya sedap sebab ramai jugaks yang dah mencuba ayam masak serai Mak Lang ni Sat 18-Aug-2007 23:45
Posted by:Sabrina  - [Link]
emmm. pepagi ni dah buka fp kak liza tengok msak ayam serai tak sabaq plak nak tunggu lunch time. ummmm yummy yummy Sun 19-Aug-2007 02:42
Posted by:yanie17 tweessy_17@yahoo.com
Aye pun teruja juga dengan ayam masak serai tuuu.Tunggu masa aje nak buat. Memang nampak sedap. Tumis sawi memangf kegemaranku. Sun 19-Aug-2007 04:29
Posted by:unnamed
sayapun dah cuba ayam masak serai ni, sedapkan ..... Sun 19-Aug-2007 08:52
Posted by:mamasya  - [Link]
Sama gan mamasya, saya pun dah cuba sedap dan ringkas. Mon 20-Aug-2007 12:13
Posted by:kamariah kamarudin kamariah1955@hotmail.com  - [Link]
K.Liza, kalau bahan kisar tu ada serai lagi sedap... Biasanya saya kisar serai sekali dengan bawang... Titik pun ada gak... cubalah... Wed 22-Aug-2007 03:18
Posted by:Syahani mamasyahani@yahoo.com
wah sedapnya..selalunya saya buat tambah sedikit sos tiram..rasanya lagi mengancam..hehe..saje2 tambah resepi kak lieza.. Thu 21-Feb-2008 09:41
Posted by:Zubaidah Arbai wirdatulhanani@yahoo.com  - [Link]
"SATU CARA MUDAH MENDAPATKAN PENDAPATAN DI INTERNET!!!"
Bagaimana ANDA Boleh Menjana Sumber Pendapatan Diantara RM100.00 Sehingga RM1,000.00 SEMINGGU, Sambil Anda Melancong dan Bergembira Bersama Yang Tersayang. Walaupun Anda TIADA Kemahiran Dan Pengalaman dalam Perniagaan Internet, ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!"

http://www.e-jariah.net/zagfaa
Tue 6-Jan-2009 07:57
Posted by:zagfaa  - [Link]
adik saya Ady Rizalman @ Ady Ayam. sangat suka dengan ayam.dia takmakan sebarang jenis daging. jadi saya nak umi saya mencuba masakan ayam serai kak liza, puasa-puasa ginin memang menyelerakan. tk Sun 6-Sep-2009 13:09
Posted by:farhana
sedap dan menyelerakan resipi-resipi kak liza ni.kalau ada rersipi canggih emali lah kat saya.nama saya beebee Sun 6-Sep-2009 13:13
Posted by:pekalar64@live.com
resipi nai memang best le. Sun 6-Sep-2009 13:15
Posted by:pelakar64@live.com
so delicious...................
sedap hingga menjilat jari
Mon 8-Feb-2010 12:21
Posted by:aiena nuga.miera@gmail.com
Tumis sawi tu mana datangnya kuah tu? Nak kena tambah air ker? Takde pun dalam senarai bahan2. Wed 17-Feb-2010 08:40
Posted by:ceklee
Salam Kak Liza,
Tengah tengoh recipe,nampah cam sedap2,esok rasanya nak cuba sambal daging kak Liza,terima kasih,wasalam.
Sat 15-May-2010 09:41
Posted by:Kamariah kamariahjee@yahoo.com
Baru salin resipi..nampak sedap dan ringkas..Thanks lieza sharing this recipe.. Mon 14-Jun-2010 03:02
Posted by:Cikgu_yana chegu_comel@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.