;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Sep-2007 02:32 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat again...

 
anak kkliza nak balik ke asrama..so kkliza pun siapkan kek coklat kegemaran dia...



KEK COKLAT

Bahan A

250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat.


Coklat Topping
1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.
2. Tuangkan atas kek dan hias mengikut kretibiti sendiri



CELOTEH KAK LIZA...
Quote:
1. ida isk ~~ sedappp..garenti tak rugi mencuba...
2. Sabrina ~~ kakliza buat sebab anak2 suka kek coklat...
3. mak ucu ~~ salam...tryla buat...
4. masihjelita ~~ kakliza buat aritu kek buah tu 1 bekas rege RM15.00 ..kek coklat dalam bekas gitu [ 4x 8 inci] rege dalam RM10.00
5. lina@alma ~~kalau nak tukarkan susupekat ngangula..tak jadilah topping yg kilat gitu...tapi kkliza x pernah cuba buat...rasa macam tak sesuai jer...kalau takmo buat gini cubalah gunakan cooking coklat yg dicairkan cara double boiler dan + sikit majerin..
6. mommy_d&d ~~ jomlah cuba buat...order ngan anak kkliza kat Sha Alam..cuba tenguk FP chebedah cookies nun..
7. SITI ZAINURA BINTI ZAKARIA ~~ ayuh kita cuba buat gak...
8. mamasya ~~ sudah semestinyaaaa...
9. MamaFaMi ~~ MamaFami mmg rajin mencuba..x caya?tenguklah esok...
10. Jie jie ~~ serupalah anak2 kakliza...suka coklatie..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net