;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Sep-2007 14:57 Email | Share | Bookmark
PROJEK PUTIH TELUR ~~ Mee Goreng Mamak

 
kak liza mendapat banyak putih telur dari Pn Hajjah Rohmah kerana beliau mendapat kontrak sediakan 68 biji kek lapis untuk PETRONITA [rasanya]..
TQ so much to her....

kakliza ada berikan pada kawan kkliza pula telur tu sambil beritahu nak masak apa ngan putih telur yg berliter-liter tu...

oleh sebab kkliza x suka putih telur tu dibuat cookies atau kek..
lagipun x der sapa kat umah ni nak makan kukis gitu...
so kkliza pun mereka macam2 masakan yg boleh menggunakan putih telur..




MEE GORENG MAMAK

Bahan

500 gm mee kuning
100 gm daging ) hiris nipis
100 gm fish cake )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan



CELOTEH KAK LIZA....

Quote:
1. MamaFaMi ~~ boleh apa salah...biasalah.kkdg belum dapat macam2 planning..dah dapat ..terlupa plak..
2. Jie jie ~~ kkliza x tahan bau telur itik tu..hanyir pekat sikit..
3. MaDiHa ~~ mamak dan kari x leh dipisahkan...
4. Sabrina ~~ kakliza pun x reti nak pakai masker telur ni..sayang la.baik goreng..mee goreng mamak sure hitam dan berempah...
5. sha shaz_mia ~~ waalaikumusalam...daun sadri adalah daun sup..selun...daun selum adalah ulaman..kucai biasanya digorengkan dalam bihun..mee atau buat sayur jer.. nanti kkliza buat entry pasal ni..nak kena tangkap gambar daun2 ni dulu baru buat info..
6. Lily suanmy ~~ alamak...kakliza x pernah buat shortbread la..baru nak cuba-cubak..kot menjadik..tu pun nak buat macam SHORTBREAD BATIK JAWA
7. mamasya ~~ kkliza x tahula...cuma kalau buat nasi goreng..sedap bila pecahkan telur dalam nasi tu..
8. lynnhassan ~~ mee mamak ni lagi kering algi sedap..makan panas2..mmg terangkat..
9. nabialishad ~~ kalau dekat..mmg kkliza kasi punya..x yah minta pun kasi juga...
10. ida isk merpati66 ~~ kkliza buuat gunakan apa saja yg ada kat umah...
11. MamaFaMi ~~ tahniah..dah berjaya emngalahkan mamak untuk buat mee goreng..
12. ena zarena_kundang ~~ kkliza gunakan pewarna biasa jer..beli kat kedai bakery supplier..dia cakap warna untuk kek lapis..buttercream..
13. OnFarisha onfarisha ~~ hehehhe..kalau buat sendiri lagi sedap...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net