;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Sep-2007 00:21 Email | Share | Bookmark
Air Asam

 
 
Atas permintaan beberapa orang adik yg inginkan air asam ni kkliza tuliskan resepinya.....
sesuai dimakan dengan ikan bakar atau sayur rebus atau ulaman jer...




AIR ASAM

Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam]
(direndam 1/2 cawan air dan buang biji)
10 cili padi [nak pedas boleh tambah]
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik [jika suka]
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato buah
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau nipis [ambil jus]
mangga muda

Cara
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan A ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Mangga muda dicincang atau sagat.
6. Gaulkan Bahan A bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan.


CELOTEK KAK LIZA...
Quote:
1. daunkesum aimydina11 ~~wah.. bestnya..kkliz apun bakar ikan gak arini..
2. suenal67 ~~ kalau nak mesin ngan air..cukup sekadar 1 cawan air..nanti campurkan pula ngan santan pekat 1 cawan pula ...semoga berjaya..
3. maklanglina nazdin_2000 ~~ lama tak nampak..sibuk yerr...kkliza terlupa tulsi limau..tapi dah edit..aceli mmg kena buh limau baru kaw masam dan wangi tu..
4. Sabrina ~~ kakliza pun ucapkan SELAMAT BERPUASA..dan juga mohon maaf sekiranya ada gurauan yg menyinggung..semoga kita semua dapat beribadah sebaik mungkin..
5. ainaz_5129 ~~ kalau gunakan loyang springform takut adunan kek tu leleh..so baik gunakan loyang biasa jer..
6. suenal67 ~~ sama-sama kasih...
7. Jie jie ~~ semoga cepat sembuh..SELAMAT PUASA...semoga mendapat keberkatan dalam segala ibadah kita..
8. zakiah zainudin ~~ selamat berpuasa..kkliza ni bab bisneh kureng laju sikit..hanya minta buat dan pas kat orang jer..
9. mrsmarwan ~~ senaraikan abrang nak beli dan masak..so taklah terlupa beli bahan tu..selamat mencuba..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net