;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Sep-2007 08:00 Email | Share | Bookmark
Solat Tarawih

 


Quote:
SOLAT SUNAT TARAWIH

Solat Sunat tarawih bermaksud sembahyang bersenang-senang. Selalunya dilakukan selepas solat fardhu Isya' dalam bulan Ramadan. Solat ini amat dituntut olah ugama Islam kerana keutamaannya dan adalah ibadah paling utama dalam bulan Ramadan

petikan buku FQH SYAFII Jilid I oleh Al-Ustaz H Idris Ahmad S.H.

Hukum
Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.


Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
[Diriwayatkan loeh Bukhari dan Muslim]






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net