;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Sep-2007 21:52 Email | Share | Bookmark
Asam Pedas Tenggiri & Goreng Sayur Kobis

 
 


Quote:
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya :

[1] Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.

[2] Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap orang-orang yang susah menderita.

[3] Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad dan dengki.

[4] Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.

[5] Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.

[6] Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.

[7] Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.

[8] Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.

[9]Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.

[10] Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.




ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Bahan

500 gm ikan tenggiri [potong 3 keping dan bersihkan]
5 niji terung panjang [potong kecil]
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
4 s/b minyak masak
3 cawan air
secubit gula
garam

bahan mesin
15 tangkai cili kering [kalau nak pedas boleh tambah]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 s/k kunyit serbuk

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendideh.
3. Masukkan ikan, terung & garam dan biarkan sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan dan daun kesum.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan terung lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.





GORENG SAYUR KOBIS

Bahan

500 gm kobis manis [yg ada kwlopan kijau muda sikit tu]
100 gm carrot [hiris kecil]
100 gm udang
sedikit air
minyak
garam

Bahan Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi..
2. Masukkan udang dan kacau sehingga masak.
3. Masukkan sayuran, air dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah layu tutup api.
5. Hidangkan.


CELOTEH KAK LIZA..
Quote:
1. lieya_latif ~~ try..jgn x try..n TQ kerana sudi menjadikan sumber inspirasi ilham memasak...
2. ct szz_78 ~~ TQ too pada ct szz kerana sudi juga menjadikan sumber ilham masakan..kkliza beli majalah/buku masakan untuk melihat food presentation terkini...
3. ida isk merpati66 ~~ hehhehe...
4. aiza hamdan aja_ummi84 ~~ silalah cuba.. semoga berjaya..
5. JieJie ~~ tenguk masa posa..semua sedap jer kannn...
6. :lynnhassan ~~ teringat sawi asin masa jaman anak dara sunti dulu..nenek suka masukkan kalau buat asam pedas ikan parang tu..sedap tapi le ni kkliza x lalu makan ...
7. zakiah zainudin ~~ rajinnya jalan..tapi tak kurangnya ngan kkliza..lompat dari satu FP ke satu FP lain..tapi semuanya masakanlaaa...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net