;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Sep-2007 22:26 Email | Share | Bookmark
Ikan Bakar Kerabu Kacang Botol

 
 


Quote:
Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185




PES IKAN BAKAR

Bahan-bahan A

20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 s/b udang kering
1 s/b belacan
5 batang serai

Bahan B
1 kuntum bunga kantan [hiriskan halus]
daun kesum
daun limau purut [koyakkan]
1 s/b gula
1 s/k garam
1/2 cawan jus asam jawa
Minyak

Cara membuat
1. Mesin halus senua bahan A.
2. Panaskan minyak dana tumiskan bahan A sehingga wangi
3. Masukkan Bahan B dan kacau rata.
4. Rasakan garam dan biarkan sehingga pekat.
5. Bila siap masak, sejukkan dan simpan sebagai pes untuk membakar ikan atau nasi goreng.




KERABU KACANG BOTOL

Bahan

20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
3. Hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net