;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 23-Sep-2007 22:38 Email | Share | Bookmark
Projek Putih Telur ~~ Fritata Telur dan Nasi Goreng

nasi goreng cina
fritata telur


Quote:
PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN BERBUKA
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:

[1] Kedatangan haid dan nifas.
[2] Sakit yang membahayakan.
[3] Sakit yang tiada harapan sembuh.
[4] Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan.
[5] Dalam perjalanan (safar) sejauh dua marhalah atau lebih.
[6]Tua yang tidak berdaya untuk berpuasa.
[7] Kandungan dalam perut bagi perempuan.
[8]Menyusukan anak kecil.




FRITATA TELUR

Bahan A [blend ]

1 mangkuk putih telur
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam

Bahan B
1 labu bawang besar [potong dadu]
4 batang kacang buncis atau kacang panjang [potong kecil]
1/2 batang carrot [sagat]
sedikit kobis [racik]
3 s/b minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga layu.
2. Masukkan bahan B yg telah dimasakkan dalam adunan bahan A. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dalam pan dan masukkan adunan yg telah digaulkan rata.
4. Masakkan dengn api perlahan sehingga masak dan terbalikkan perlahan-lahan.
5. Hidangkan dengan salad.





NASI GORENG CINA

Bahan

1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan]
putih telur
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
daun bawang
salad
keropok
minyak
garam

Bahan Tumis [tumbuk]
2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur atau sayur yg disediakan. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad, tomato dan timun.


CELOTEH KAKLIZA...

Quote:
1. aiza hamdan aja_ummi84 ~~ TQ..mommyu liza ucapkan kerana sudi menjenguk fp mommy liza..n dihalalkan segala resepi yg hendak diambil...
2. ct szz_78 ~~ mmg ada dah kklkza tuliskan..cuba tenguk kat link Sayuran/Kerabu
Kerabu Epal Hijau
3. suenal67 ~~ TQ...
4. lieya_latif ~~ kena tuntuk rolyati ni [sbb nak wat buku resepi kkliza.. ]..dah nak raya..best sikit tepek lagu raya...
5. nabialishad ~~ buh minyak sikit jer..dah edit dah..
6. ida isk merpati66 ~~ hehhehe...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net