;

By: hanie liza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Sep-2007 13:48 Email | Share | Bookmark
Gulai atau Kari Ayam

 


Quote:
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dos, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.





GULAI atau KARI AYAM

Bahan

1 ekor ayam [dipotong 12 dibersihkan & ditoskan]
1/2cawan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili atau cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
5 biji ubi kentang [belah 4]
3 biji tomato [belah 4]
1/2 cawan jus asam jawa
garam

BahanTumis:
6 ulas bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia (dimayang)
3 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili/cili mesin yg dibancuhkan dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang , santan, kerisek dan garam. Biarkan sehingga mendideh dan ayam & kentang empuk/lembut.
4. Perlahan api dan masukkan tomato dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan bersama nasi atau roti atau pulut/ketupat.


CELOTEH KAK LIZA....
Quote:
1. lynnhassan ~~ mmg setuju..kalau makan ngan roti jala..aduhhh..mmg sedappp...tapi kena rajin menjala...
2. azaleen ~~ salam..kalau takger tpg hong kwee boleh gantikan dengan tepung jagung..kkliza biasa buat gitu jer..nnti kkliza tuliskan resepinya...
3. ct szz_78 ~~ semoga berjaya...
4. suenal67 ~~ boleh cuba buat kuzi atau opor atau kerutub..rasanya pernah kkliza tulis ..cuba tenguk link Ayam dan juga Daging...
5. maklang nazdin_2000 ~~ nanti kalau kkliza buat lagi..akan terbanglah ayam tu kerumah maklang..InsyaAllah...
6. MamaFaMi ~~ Mama buat roti canai dan kita tukar2 juadah..baru syuuukkkk...
7. MUZA ~~ a'ah betui tu..kalau ada pulut kuning..mmg tak sempat nak ulang 2 kali dahhh...
8. JieJie ~~ umah mertua kkliza pun kalau buat mmg seekor ayam tu sekali hidang jer...dah ramai2 tu lagilaa sedapppp...
9. lieya_latif ~~ kalau masukan kerisik..masakan tambah pekat sikit..mmg sedap...cuma kerja banyak sikit la..tapi le ni dah ada kerisek yg siap jual..just tuangkan jer dalam masakan..beresss...
10. inaa ~~ ini lagi sempoi.. nak pulak ada kerak/kulit roti..mmg kkliza suka...
11. azaleen ~~ InsyaAllah...




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net